Wednesday, December 8, 2010

ayuh berhijrah...

Salam maal hijrah kepada awak semua..harapnya masih belum terlambat...sedar tak sedar 1432H sudah pun menjengah..saya baru je mengintai blog-blog teman..Rata-ratanya menceritakan tentang penghijrahan..Bila menyebut penghijrahan,pasti ia sinonim dengan perkataan perubahan..tidak kira bagaimana anda sebelum ini, anda pasti perlu melakukan perubahan..merubah atau diubah oleh sistem kehidupan yang ada. Minimum perubahan berlaku dalam niat anda..Misalnya azam saya pada tahun ini, saya mahu menjadi orang yang lebih banyak bersyukur dan banyak berinfak kepada yang memerlukan..itu janji perubahan niat..apatah lagi bentuk-bentuk perubahan yang bersifat mendasar seperti perubahan kerjaya, tempat tinggal mahupun status anda..


Pada maghrib awal muharram yang lalu, saya terfikir kearah mana saya perlu melakukan perubahan..sebelum ini saya sangat tidak sukakan perubahan, ia menuntut kita untuk banyak berfikir dan bertindak..untuk serius..itulah zaman yang saya istilahkan sbagai zaman tidak matang..Namun, saya kira sudah sampai masanya untuk beradaptasi dengan perubahan...

Lazimnya seperti aur dengan tebing, perubahan juga akan diikuti dengan sedikit kepayahan dan ketidakselesaan..tidakkah begitu?perlu ada persediaan jiwa+mental+ fizikal yang mantap..Bagi saya semuanya mungkin dapat diatasi dengan sedarnya kita tentang status Hamba..
Saya cuba revise kembali, kenapa blog ini dinamakan sebagai monolog hamba..Jika saya namakan ia sebagai monolog manusia..apa yang agaknya akan berlaku..

ye, manusia itu sifatnya lemah,manusia yg tidak merasakan dia hamba akan cepat tidak berpuas hati dengan apa yang ia dapat, manusia yg tidak berjiwa hamba akan susah untuk bersyukur, manusia yg tidak berjiwa hamba tidak akan menembusi hikmah Pencipta di atas semua yg diaturkan ke atasnya..


Di atas apa yang berlaku dalam diari hidup saya, saya cuba dan akan cuba untuk memasukkan istilah hamba agar impaknya luar biasa..hadirnya perasaan syukur, redha dan rasa Dia ada yang sebelum ini saya tidak nampak selama hanya menjadi manusia..
ini azam tahun baru saya..kekal merasa hamba...........

p/s..saya nk hijrah ke Ipoh.Doakan ^_^"
selamat berhijrah kpd teman2 ke PJ, ke Limbang, ke Kg.Gajah,.dll

Friday, December 3, 2010

Travelog Hamba: lagi gambar YCS

 bagaikan di zaman dinasti.....classic..











^_^'', saya melihat gambar-gambar lalu menguatkan diri...Lalu......






Monolog Hamba

My heart beat vigorously at dat time,My head was spinning......^_^""

Yakinlah Wahai Hati.."Namanya pejuang Jihad( teringat nasihat Murabbi..)".

Sebelum balik, saya tenangkan diri dengan menyebut kalamNya yg agung, lalu saya terjumpa satu ayat cintaNya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. (At-Talaq:7)

 ye.. Allah tidak menjanjikan bahawa setiap apa yg kita lalui sentiasa ada kesenangan, tapi di setiap kesempitan pasti ada kelapangan bagi orang yang bersabar dan meningkatkan kesabarannya...

"Turn to Allah,He's never far away, put ur trust in Him,Raise ur Hand and Pray"..bait-bait lagu MZ meniti di bibir..fuhh

Lalu si pejuang jihad tu akur ketentuan PenciptaNya dan melangkah keluar dari sekolah itu..Tersenyum bagai berinteraksi dengan TuhanNya..
Sambil berdoa moga akan dikukuhkan olehNya beribu-ribu gerak langkahnya di medan itu kelak...
Amin ya Rabb

Tuesday, November 30, 2010

Meraih puncak kenikmatan solat

ALLAHU YA'LAMUN, sungguh Allah Maha mengetahui, di saat tercari-cari solusi penyakit diri, Allah mengilhamkan seorang teman untuk menghadiahkan sebuah buku kepada saya.
                                          credits to k.hajar, terima kasih untuk bukunya

ye..solusinya adalah tentang solat. buku ini buat anda memuhasabah kualitas solat anda. Mungkin kita biasa dengar firman Allah:

"Sesungguhnya beruntunglah orang2 yg beriman iaitu orang khusyu' dalam solatnya" (Al-Mu'minun:1-2)
Allah membicarakan persoalan tentang "Khusyuk" yg menjadi nadi diterimanya solat-solat kita, lalu...

Adakah solat saya selama ini sekadar ritual harian?
Dimanakah Allah saya letakkan dalam solat saya?

Imam Ahmad berkata," Sesungguhnya tingkat keislaman mereka bisa diukur dari sejauh mana mereka dapat menikmati solat. Dan kecintaan mereka terhadap islam, diukur dengan kecintaan mereka dengan solat. Maka kenalilah diri wahai hamba allah. Dan jangan sampai engkau bertemu dengan ALLAH, sementara dalam jiwamu Islam ytidak mendapatkan tempat. Sesungguhnya barometer Islam dalam hatimu, diukur dengan kadar solat dalam hatimu"

Ya Allah, Kami memohon ampun kepada Mu dari segala hal yg melalaikan kami sedangkan kami berada di hadapanMu
Ya Allah, kami memohon ampun kepada Mu dari segala hal yang membuat kami memalingkan wajah kepada selain Mu sedangkan kami berada di hadapan Mu..

Next Station: Ipoh

Selamat Datang ke Ipoh

 Bandar ini masih terasa asing bagi saya

Alhamdulillah atas izin dan pengaturan yang terbaik dariNya, nampaknya perhentian seterusnya adalah ke Ipoh.

SM(J)K Yuk Choy adalah tempat yg mana suatu hari nanti akan menggores 1001 kenangan dalam hidup seorang hamba Allah.


Doakan saya untuk redha di atas semua ketentuanNya yer ^_^"

 p/s: Takut juga rasanya, cabarannya pasti berbeza namun tetap ada dimana-mana

Ketika Kaki dan Tangan Berkata ^_^"

Artist : Chrisye
Lirik Lagu : Chrisye - Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Chrisye - Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lgi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya
Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab, tiba...

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu
Yang hina

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka sedang mereka dalam keadaan lalai dengan dunia, berpaling dari akhirat (21: 1)

Tuesday, August 24, 2010

RUNTUHNYA DAKWAH DI TANGAN PARA DAIE

Salam ramadhan..salam mujahadah..sudah lama x menjadi peminat setia menulis kepada blog ni dan mencurahkan 1001 perasaan ke ats kehidupan yg berlalu ..atas perubahan kehidupan yg sedang berlaku dan terus berubah, seolah-olah mematikan perasaan untuk menulis..emm xbleh begitu salihah..
kenapa tajuk di atas ditulis..ya..kita memang pernah mendengar tajuk buku ini..tulisan fathi yakan kalo x silap..tajuk buku ni sebenarnya ketika pertama kali ana lihat dan bacanya seolah-olah satu hentaman yg kuat mengenai kepala, terasa begitu berbisa tajuknya..Namun x terbayang pula situasi yang menggambarkan tajuknya itu..

Siapa itu Daie...daie itu siapa?
Dalam nak memainkan peranan sebagai daie walaupun berlaku perubahan kehidupan , sama ada sebagai pelajar lalu menjadi pekerja, terdapat satu aspek yg perlu selalu dijaga ..Penjagaan HATI yg sihat..Tiada istilah "biasa2 saja","xpe kot".."kejap ag la"..
Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun tuan punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak mengetahui punca- punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan tidak jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia sendiri tidak menyedari di atas kematian hatinya.
Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda hati yang sihat antara lain:
1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.

Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh berhijrah dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya sekadar menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke kehidupan akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.
2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.

Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu mendorong dan menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia tidak akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria melainkan hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.
3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.

Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan berhenti dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa bosan dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan orang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya." Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap anak dan isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan lebih meningkatkan ketaatan terhadapNya.

4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.

Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika berpisah atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi rasa sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."



5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.

Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang yang sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."
6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.

Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka segala angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang, seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan merasakan kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan penuh keseronokan dan kedamaian."
7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.

Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla."
8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.

"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan sia-sia belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana sedia maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita waktu sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan amal-amal soleh.
9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.

Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan yang sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas, lebih mendekati dan mengikuti sunnah.
" Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat dan cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah SWT, seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah.
Dia lebih suka menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan membawanya untuk lebih dekat kepadaNya.
Ia merasa seronok, selesa dan penuh nikmat bila mengabdi kepadaNya."
 dan ia merasa sangat berdosa bila sesaat melakukan kemungkaran walaupun seisi dunia membenarkannya..
Jika di lubuk hatinya berasa diusik oleh syaitan agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya untuk kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang bermaksud: "Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)

wahai diri, bermujahadahlah menjaga hati, agar setiap kerungsingan bisa dihadapi dengan tenang dan senyuman, agar setiap titik hitam  pada hati diberus dengan segera, agar TIDAK RUNTUH DAKWAH DI TANGAN PARA DAIE

siapa Daie?saya nk jd daie..DAIE YG TIDAK BERTOPENG...daie yg SEJATI...
.

Sunday, May 30, 2010

ayo refleksi

mencari punca bertahan..kerna apa..untuk siapa...

am i cruise to nowhere

hoping that i'm not~

bukankah syurga itu dipagari kesusahan?

Ya Allah..kukuhkanlah langkah kami bersama kafilah ini..

walau dosa kami sebesar gunung, sungguh rahmat Mu melangit luas..mengatasi segalanya
30 May 2010.0347 am

Thursday, May 13, 2010

Mengutip permata tarbiyyah part 2

Selepas meredah kesibukan di Gurney, kami menuju ke pasar Malam Batu Fringgi yg terletak lebih kurang 15 km dari gurney tersebut. Pasar Malam yg merupakan antara pasar malam yg terpanjang ini terletak berhampiran kawasan perlancongan, Pantai Batu Feringgi dan kebanyakkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara..Menariknya pasar mlm ini,ia bukan seperti pasar malam yg kebiasaannya menjual makanan dan pakaian, tp sebahagian besarnya mereka menjual kraftangan, lampu hiasan, cenderahati,cd-cd lama,pakaian, beg yg jarang dijumpai d tempat lain. Disebabkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara@pelancong, harga-harga barangan tersebut tidakla sebegitu murah.


Namun sebenarnya di sudut hati sya, ada 1 gerai yg sya ingin pergi sepertimana gerai inilah yg saya jumpai ketika kunjungan yg pertama dulu.
Selepas meninjau2 barangan yg menarik, kakak saya membeli 1 set lampu hiasan yg cantik sebagai hadiah utk kawannya yg bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.Lampu itu sangat menarik hati saya, terdiri dr lampu kelip2 yg dimasukkan dalam gelung2 rotan yang berwarna -warni(pelangi)..ahh nantilah beli nanti(bila da ade rumah sendiri..hehe)
dan di pengakhiran perjalanan kami meninjau barangan di pasar malam yg panjang itu, kami menuju ke gerai yg memang sebelum kami pgi lg, kami sudah berniat untuk kesana,gerai yg dimiliki oleh seorang pakcik yang kami panggilnya sebagai pakcik Yasin dan juga Brother Samsuddin..Gerai mereka merupakan gerai tunggal yg menjalankan "perniagaan " ini..Jual ape ye??

FREE BOOKS FOR FREE KNOWLEDGE sir,!!
Gerai ini adalah gerai yang meletakkan buku-buku agama,kebanyakan bukunya adalah buku yang mengajak pengunjung mengenali islam..dan ianya trdapat dalam pelbagai versi bahasa iaitu versi tamil, chinese, jepun,english dan lain-lain berikutan melihat kepada background pengunjung ke pasar malam tersebut.
Jadi setiap kali pengunjung melalui gerai mereka, mereka akan mengajak mereka mengambil buku-buku yg diletakkan di ats meja..Kebiasaanya mereka akan mempromosikan dengan ucapan "Free Books for free knowledge".knowledge is ur friend".
Ini kunjungan kali kedua saya, dalam kunjungan pertama, mereka banyak berkongsi tentang kejadian alam, bukti penciptaan tuhan, where is Allah, asalnya kejadian besi dalam surah Al-hadid dgn disokong dalil2 Al-quran. Perkongsian yg santai..
Manakala kunjungan kedua lain pula istimewanya..Mereka masih lagi mengenal kami.Kami diberi kaset2 ceramah dari org yg baru memeluk islam serta kami diajak oleh mereka untuk sama-sama mengajak pengunjung yg lalu lalang untuk mengambil buku2 serta mengedarkan pamplet ttg islam.mula-mulanya kami agak keberatan,dan hanya suara rendah yg digunakan untuk mengajak org membaca buku,
" Free book for free knowledge sir"
tp lama kelamaan kami berani untuk mengedarkan pamplet..seronok rasanya apabila pamplet disambut oleh seorang perempuan dari jepun dan dia terus pergi, ada gak yg tidak mengendahkan pamlet tersebut..dapat merasa pengalaman dakwah ditolak..hehe.pengalaman berharga.Seterusnya ade seorang mat saleh dan isterinya menyinggah di gerai mereka lalu mengatakan " i can't read all these since i am katholic, dia menambah lg "there is no judgement day in dis world". Pakcik yasin dan bro Samsuddin tenang mengambil peluang utk menunjukkan bukti2 bahawa adanya hari kiamat, manun mat saleh tadi tidak mempedulikan, dan Bro samsudin menambah bahawa "even jesus cannot predict when the judgement day since he is not god",even muhammad also can't. Mereka juga menceritakan kepada kami terdapatnya gerakan missionary di penang yg memancing umat islam dgn makanan dan kewangan untuk meninggalkan islam. Kami juga diberitahu bahwa sebelum kehadiran kami ,kira-kira sejam sbelum itu..terdapat sekumpulan mat saleh yg berminat dgn islam selepas mereka menceritakan ttg islam
Subhanallah...Terlalu banyak untuk diceritakan sebenarnya pengalaman berada di gerai tersebut. yang pasti, saya merasa sgt bersyukur dipertemukan dengan mereka. Ternyata dalam sinaran lampu-lampu hotel di sekeliling serta deretan-deretan kedai yg berlabelkan Carlsberg, tiger..masih ada insan yang memikul tanggungjawab menyelamatkan ummat, membawa golongan gelap kafirun kepada cahaya islam walaupun kadang-kadang dakwah mereka tidak diendahkan oleh org yg lalu-lalang termasuklah dari org melayu yg "sudah" islam..pengalaman ini akan menjadi antara pengalaman termahal dlm episod2 kehidupan saya sebagai seorang hamba.

Mengapa saya bercerita ttg semua ini?mengapa sya perlu menceritakan kesemua ini? Dari Queensbay ke Batu Feringgi jauhnya?walaupun pada asalnya niat saya berjalan-jalan satu hari suntuk ini tidaklah diluruskan untuk kebaikan semata-mata,saya hanya seronok2..tapi inilah tarbiyyah Allah,saya mengira kita perlu turun padang untuk melihat ummat, kita bukannya perlu selesa dlm persekitaran yg selamat, persekitaran yg secured,kerana sampai bila2 kita akan merasa ummat ini tidak bermasalah, ummat islam tidak berpenyakit. Dari Queensbay ke Batu Feringgi, sungguh sangat banyak permata-permata tarbiyyah yg dapat dikutip.Sengaja Allah mencaturkannya sebagai satu iktibar buat diri ana dan insan-insan lain harapnya.Menjentik satu kesedaran bahawa ada insan yg menginfaqkan harta dan masanya untuk berdakwah di jalan Allah.Moga Allah mengira perjalanan saya sebagai satu peluang menambahkan pahala.Amin

Tuesday, May 4, 2010

Mengutip permata tarbiyyah part 1

Baru-baru ini menerima kunjungan kakak yg datang dari sungai petani..lalu mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. cadangnye nak g Queensbay Mall---Gurney Plaza---pASAR malam bt feringgi..hehe dasyat x dashyat punya kaki nak berjalan-jalan.Jadi tepat kul 11 am bersama ngan k.yaya, kami menuju ke Queensbay Mall..tujuannya sekadar menyinggah di Boarders untuk melihat buku2 yg menarik serta mnyantap makanan di sana..Sampai d Boarders, kami menuju ke rak-rak buku yg tertarik di hati..suasana di situ sangat menarik dengan ramai pembaca yg kebanyakkan chinese mengambil peluang membaca dimana ianya dibenarkan walaupun tidak harus membelinya..tercari-cari mana remaja/individu2 muslim dan melayu..ana tertarik pada satu buku; ANDA BERTAnYA TENTANG ISLAM DAN KAMI MENJAWABNYA..Lupa plak siapa penulisnye tapi isi kandungannya amat menarik terutama bagi mereka yang mula nak mengenali islam mahupun diri sendiri yanG masih tersangat la banyaknya sisi kejahilan tentang islam..tapi tgk2 harga mcm x memungkinkan untuk membelinya sekarang..buku tu diletakkan balik dengan perlahan sambil berharap ia kekal lama untuk ana dtg balik bila da ade duit nanti..haha..kami kemudian pergi meninjau ke tempat2 lain..makan...solat..jalan2 lg..pukul 4 lebih,kami kelur dr Queensbay menuju ke destinasi seterusnya: Gurney!!
singgah kejap di masjid usm untuk solat..then menuju ke gurney..


sesampai di Gurney pukul 5 lebih..keadaan di kawasan Gurney sangat la sesak sehinggakan kami da hampir putus asa untuk berhenti di situ..tapi demi satu misi: Big Apple Donut..akhirnya pukul 6 lebih baru dpt park kereta di tempat yg mgkin tak terpikir langsung untuk diletakkan kereta kt situ...kami masuk lalu mencari2 dimana big apple tu..meninjau jgak tahap sosial masyarakat di dalm gurney tu..pada pandangan ana, mereka mereka itu lebih "moden" dr yg dijumpai di dalam Queensbay..



setelah membeli donut, kami terus keluar, namun apabila melalui satu wing gurney, alangkah terkejut ana melihat poster sebuah syarikat pakaian Jeans(kalo x silap)..terpapar sepasang model lelaki dan perempuan di atas pasir berpelukan dengan perempuan itu separuh berbogel(hanya pakai seluar jeans keluaran syarikat tersebut"..dlm keadaan yg sangat memalukan(xperlu detailkan lg)..ana beristighfar seolah-olah tidak percaya ia ditayang ditempat awam..tetibe air mata nk menitis keluar..sedih..itu yg mampu dilakukan,,tidak mampu pula nk memecahkan poster tersebut..ana membayangkan hati-hati remaja lelaki yg melihat poster tersebut..Patutla sesetengah dr mereka begitu susah untuk mghormati guru serta berkelakuan tidak senonoh, tidak mustahil ini adalah penyebabnya..hati keras..hati tercemar..


to be continue..part 2

Monday, May 3, 2010

sudah tiba masanya..


Salam..rasanya sudah lama tidak menulis selain banyak mghabiskan masa di fb sehinggakan terlupa tuk update blog yg sudah lama dijadikan medan untuk menulis diari dan menulis untuk diri sendiri..post terakhir saya adalah berkisar mengenai pengalaman dan permata-permata tarbiyyah yang dapt dikutip di pfs(penang free school)..Walaubagaimanapun dah seminggu berlalu, kenangan pfs  sudah tersimpan kemas dalam disket memory..Pengalaman itu sudah berlalu dan ALhamdullillah, saya Berjaya melepasi Latihan Mengajar dengan baik..
Ingin rasanye berkongsi pelbagai cerita walaupun sekarang rutin hidup tidak terlalu busy sepertimana ketika waktu Lm yg dulu. Sekarang bleh dikatakan status menganggur,status yang kalo xdapat ditangani dengan baik,mampu menjurus kepada perkara-perkara yg tidak baik seperti membuang masa atau tensen dgn diri sendiri.Tension kerana menganggur.
Alhamdulillah sya mendapat tawaran tuisyen di PFS dan di USM,sedikit sebanyak merasa keberadaan di USM masih bersebab dan diri boleh melakukan sesuatu yang berfaedah..Sayang sebenarnya meninggalkan USM.. Manakan tidak ,ini adalah Tempat permulaan,tempat sentuhan tarbiyyah, tempat yg mengajar erti pengorbanan, erti ketenangan dan byk kenangan yg terselit bersama. Kesemua pengalaman itu akan dibawa bersama ke destinasi seterusnya(masih pening memikirkan tempat terbaik untuk mencampakkan diri..)
“sekarang baru tahu perasaannya dah nak grad”, usik kawan yg dah grad
“Welcome to my club”kata seorang rakan yg sudah grad
Bahang kepayahan sudah pun terasa. Kaki pula amat sukar untuk mengorak langkah kearah yg mana..Keluar dari kepompong yg selesa di USM perlukan satu mujahadah yg kuat beserta kefahaman yg teguh.Adakah diri belum bersedia menempuh perubahan zaman? Zaman belajar kealam pekerjaan mahupun ke alam yg lain yg lebih mendewasakan diri. Menempuh kesukaran terutama dari segi kewangan walaupun tiada jalan dirasakan terang bersuluh. .Hal ini sungguh Menuntut diri supaya lebih matang dalam berfikir dan bertindak. hey wake up!!
“Ya ALLAH, bERikanlah yang terBAIK dariMu BUKAN dari kami”

p/s: Kawan yang dah nak grad dan yg sudah grad dialukan memberi  komentar     =)

Wednesday, April 7, 2010

Countdown on waving pfs

Subhanallah wal Alhamdulillah..Hanya pujian yg dicurahkan kepada Maha Agung serta selawat ke ats murabbi tercinta Rasulullah saw...

Melihat kepada topik blog ni mungkin pembaca(kalo ada..) da dpt agak ape yg ana bakal ceritakan...well its all about my life..my practical life..sedar dan tidak sedar dah nak habis da sesi latihan mengajar (Lm) di sekolah penuh cabaran(bg ana), Penang Free School. Alhamdulillah Allah memberi sisi tarbiyyah kali ini dgn meletakkan ana berada di sana hampir 4 bulan lamanya..InsyaALLAH,dgn izin Allah, pada tanggal 23 April 2010 Jam 12.01 pm, maka berakhirla praktikal..maka secara automatiknye sempurna la sudah pengajian peringkat Ijazah Sarjana MudA Sains dgn Pendidikan di USM...Masih terlalu jauh bg ana masa tersebut untuk dibayangkan namun ana doakan semuanya berjalan mengikut yg terbaik dlm pengaturan Allah..
~to be continued...da azan da..~.

Sunday, February 7, 2010

thank you ALLAH

 DEAR ALLAH,

betapa diri sering terlupa mengucapkan kalimah teragung, Alhamdulillah.

Thank You Allah  bY mAHER zAIN

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

just share..

 
PFS

Salam..sedar tak sedar rupenye dah sebulan menjalani LM di PFS. Sudah tentu dalam tempoh tersebut banyak perkara yg sudah terpahat dalam ingatan lalu menjadi suatu yg akan dikenang mahupun diambil pelajaran.
"what were you doing in the weekend boy?dalam kelas baru nak siapkan lab report ni?!
"cikgu, 3 hari 3 malam sya sembahyang tuk Thaipusam".
"teacher, sya demam,coz berarak time Thaipusam"

which one uthaya? tanya ana pd seorang indian boy
"yg selalu dok belakang pakai spek tu", balasnya.
oh, yg pakai rantai tu ke?
"Cikgu, dia bukan pakai rantai, itu dia kena pakai sebab amik dr temple". lebih kurang mcm tu dia menegur ana
Alamak!

“Cikgu, saya nak jadi paleonthologist”bagitau seorang pelajar form 1
“Ape tu?”, Tanya si cikgu ni,baru terdengar perkataan tu barangkali
“Orang yg mengkaji fosil dinosaur la cikgu”
Tibe2 andrian menambah,
“Eh, saya rasa dinosaur syirik la cikgu”, “Mana ada dalam Al-quran yg cakap ada dinosaur. Jadi saya rasa dinosaur tu tak wujud”,andrian ni cuba menghangatkan perbualan.
“Eh, dinosaur tu wujud sebelum zaman nabi ade lagi la”, Ashiq bagitau
“Habis tu, nabi ada kat mana?”, Tanya Chinese boy yg turut berminat dgn perbualan kawan2 mereka.
“Nabi ada kt syurga dengan hawa la”, jelas Ashiq dengan yakin.
Haha, tergelak mendengar perbualan mereka di hadapan ana. Kadang-kadang mereka ni berborak di luar kotak minda kita, persoalan yg kadang2 kita pon sbgai org dewasa pun tak sempat untuk memikirkannya.
 
1 amanah

 MENCARI SISI TARBIYYAH DI PFS.....

Task ustaz: faktor kemunduran umat islam

 Sebab2 kemunduran umat islam

Kita semua menyedari bahawa situasi umat Islam sekarang ini sangat mendukacitakan. Terlalu banyak masalah dan penyakit yang dihidapi oleh jasad sebahagian besar umat Islam bahkan boleh dikata sampai ketahap kritikal. Memerlukan pisau bedah yang tajam dan analisis yang mendalam untuk mencari penyelesaian agar umat Islam dapat keluar dari kemunduran dan krisis-krisis yang melandanya. Namun dari semua analisa pakar-pakar ulama` menuju kesatu arah iaitu kurangnya atau hilangnya komitmen umat Islam untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam itu sendiri. Betullah apa yang dikatakan Imam Malik ,yang ertinya "Tidak akan berjaya akhir dari umat ini melainkan dengan apa yang dipegang (dijalankan) oleh generasi pertama".
Kalau kita memperkatakan umat Islam itu bererti dengan segala kemampuannya baik bersifat perseorangan, organisasi, institusi, masyarakat muslim dsb. Untuk itu kalau kita hendak mengulas panjang lebar tentu akan menjadi buku tersendiri, tetapi kerana tulisan ini hanyalah sebuah artikel, tentunya akan disampaikan sesuai dengan ruangan ini. Di sini akan diungkapkan titik kelemahannya sahaja semoga akan bermanfaat kepada kita semua.

Lemah dalam pemahaman Islam
Kelemahan dimaksud adalah terletak dalam cara memahami Islam itu sendiri, sehingga mengakibatkan lahirnya pemikiran atau ajaran yang mengelirukan yang dinakkodai oleh hawa nafsu, kepentingan tertentu politik dsb.
Dimasa lalu umat Islam tidak berbeza dalam masalah aqidah kerana itu yang pokok, tetapi perbezaan dalam masalah furu`(hukum tentang kewajiban agama yang tidak pokok yang di jabarkan (bersumber) dari hukum dasar). Namun sekarang perbezaan itu sudah merampas atau merosak aqidah yang mengakibatkan lahirnya kelompok-kelompok yang bersembarangan atau mengambil mudah dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dengan para sahabatnya, seperti Ahmadiyah, Syiah, LDII dll.

Lemah dalam mempraktik Islam
Kalaulah kita merasa tidak kurangnya bilangan orang berilmu baik dikalangan ahli akademik maupun dikalangan masyarakat umum. Tetapi kita akan merasa fakir menemukan tokoh-tokoh Islam yang betul-betul mengaplikasikan Islam apalagi masyarakat awam. Untuk itu perlu contoh yang konkrit untuk mempraktikkan Islam, tidak cukup hanya ucapan dan kajian ilmiah saja.

Lemah dalam membangun kekuatan ekonomi
Betapa lemahnya sesuatu umat atau kaum itu tanpa disokong dengan kekuatan ekonomi yang kukuh. Jika kita lemah dari aspek ini maka mudah sahaja umat itu "dibeli", seperti yang kita alami sekarang. Justru apa yang terjadi adalah umat Islam terjerumus oleh permainan riba dengan sistem kapitalis. Maka sistem ekonomi kita harus kita bangun atas dasar Islam.

Lemah dalam persatuan
Persatuan adalah idaman setiap muslim tetapi bagaimana merealisasikannya, ini yang menemui jalan buntu. Sudah banyak usaha dilakukan untuk menubuhkan pelbagai persatuan tetapi banyak yang kandas ditengah jalan atau kalau pun berhasil, dalam masa yang sama lebih banyak bersifat kepura-puraan dan temporal(hal-hal duniawi). Masalahnya mereka mengendalikan persatuan dengan konsep yang tidak jelas. Bahawa Allah S.W.T berfirman yang ertinya "Ini adalah umat yang satu dan Aku (Allah S.W.T) adalah Tuhanmu, maka beribadahlah kepada-Ku." Sehingga syarat utama persatuan itu adalah membangun di atas Tauhid. Sebagaimana bangsa-bangsa Eropah mereka bersatu atas dasar kekafiran.

Lemah dalam politik
Untuk membangun politik Islam tidak cukup hanya dengan bergantung kepada aspek perekonomian semata dan landasan yang tidak Islami seperti demokrasi dan semacamnya. Tetapi hendaklah berlandaskan Islam secara murni. Seperti Firman Allah S.W.T yang ertinya "Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk melaksanakan amanat-amanat kepada yang berhak dan apabila kalian berhukum antara manusia, hendaknya kalian berhukum secara adil" Dan mustahil kita mencapai keadilan kalau kita tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T tetapi terus mengamalkan buatan manusia. Ibnu Taimiyyah menyebutkan dua syarat bagi seorang pemimpin politik iaitu kuat dan jujur. Kuat dalam pemahaman Islam dan kuat dalam pelaksanaannya. Kedua adalah jujur yang didasarkan akan rasa takut kepada Allah S.W.T

Lemah dalam pendidikan
Sejak zaman penjajahan lagi sengaja sistem pendidikan umat Islam dipinggirkan agar mereka tidak kritis. Makanya, pendidikan yang ada hanya sampai keperingkat sekolah menengah sahaja. Pengajian peringkat tinggi amat terhad dan hanya golongan tertentu sahaja yang berkemampuan mengikutinya.

Lemah dalam membangun peradaban
Peradaban adalah hasil dari daya, cipta dan kehendak manusia yang dikembangkan berdasarkan kemajuan sains dan teknologi baik yang berupa fizik maupun bukan fizik. Dalam hal ini umat Islam tertinggal jauh dari peradaban lain. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor diantaranya penjajahan yang berpanjangan, pembodohan secara sistematik, kediktatoran pihak pemerintahan dan lemahnya perhatian yang diakibatkan oleh pandangan yang cetek serta ketidakmampuan berfikir pada tahap tinggi atau kritis. Selain itu juga tahap kemalasan yang tinggi disebabkan oleh perasaan cepat puas sehingga usaha yang dilakukan tidak pada tahap maksima. Sebagai contoh, bagaimana orang Jepun bekerja setiap hari lebih dari 10 jam dan orang Amerika dan Eropa lebih dari 9 jam, sedangkan kita maksimal 8 jam itupun banyak yang menyeleweng dan berlaku rasuah. Sehingga infrastruktur asas menjadi kurang baik, teknologi tinggi tidak berjalan lancar dan alat pengangkutan serta komunikasi terbelakang. Oleh sebab itu hampir seluruh negara Islam termasuk negara dunia ke III menjadi terbelakang. Sementara hutang negara menjadi semakin meningkat.

Lemah dalam membangun masyarakat madani
Istilah masyarakat madani banyak diperkatakan pada akhir-akhir ini. Bagi kalangan sekular menafsir madani dengan erti masyarakat yang berperadaban. Sementara kalangan Islam memahami masyarakat yang bersimbol masyarakat madinah yang di bangun oleh Rasulullah S.A.W. dalam pengertian masyarakat yang berpegang berdasarkan norma-norma Islam. Sedangkan kenyataannya masyarakat kita sungguh membimbangkan. Banyak yang mempraktikkan norma-norma jahiliyah. Seperti semaraknya pada masyarakat kita mengadakan hari ulang tahun atau memperingati Tahun Baru padahal itu merayakan budaya bukan Islam. Warga kaya dan muslim kurang kegotong royong dalam membasmi keruntuhan moral dan kemaksiatan dan kecenderungan kepada materialistik.

Terlalu mencintai dunia
Titik kelemahan umat yang sempat disampaikan oleh Nabi S.A.W adalah yang ertinya "Hampir-hampir saja bangsa-bangsa mengerumuni kalian, sebagai mana orang-orang menyambuti hidangan makanan." ditanyakan "Apakah kita waktu itu sedikit wahai Rasulullah?" Beliau menjawab. "Bahkan kalian ramai, tetapi kalian seperti buih lautan. (pada saat itu) Allah mengangkat dari hati musuh-musuh rasa takut kepada kalian dan Allah melemparkan wahn pada hati kalian". Mereka bertanya "apa itu wahn wahai Rasulullah ?" Beliau menjawab "cinta dunia dan takut mati ". (H.R Ahmad dan Abu Dawud).
Demikianlah realiti umat kita, lebih mencintai dunia daripada akhirat, akibatnya mereka takut mati dan menghindar dari perjuangan menegakkan kalimat Allah S.W.T.

Lemah dibidang kekuatan (ketenteraan)
Al Qur`an jelas memerintahkan kita untuk mempersiapkan kekuatan ( lihat Q.S Al-Anfal:60) dan Rasulullah S.a.w menyuruh orang tua agar mengajarkan anak-anak mereka berenang dan memanah agar badan mereka sihat. Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah.

Penutup:
Tidaklah lengkap kalau kita hanya memperkatakan permasalahan umat tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Secara ringkas ada lima (5) perkara untuk kebangkitan umat Islam iaitu:
1. Keadilan penguasa atau pemerintah.
2. Peranan aktif para ulama` dan intelektual muslim.
3. Sumbangan para pengusaha atau koprat.
4. Doa dari orang-orang yang soleh.
5. Kesabaran para warga miskin.

Rujukan:
1. Mengapa kaum muslimin mundur/ Al-Amir Syakib Arsalan, Bulan Bintang Jakarta, cet.5,1985.
2. Pasang surut gerakan Islam/ Yusuf Qudhawi, media da`wah, cet.I,1407/1987
3. "Apa kerugian dunia bila umat Islam mundur" karangan Abul Hasan Al Nadawi Al Nuarif, Bandung, cet.II,1988
4. An-Nasr alquwwa fil Islam karangan Sayid Sabiq, Darul Kitab Arabi, Bairut cet.II,1398H/1978

Sumber: Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia http://www.alislam.or.id
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.

Sunday, January 24, 2010

di sebalik kesibukan...




sekadar copy paste dr link:
http://muharrikdaie.wordpress.com/2010/01/18/kau-selalu-dihatiku/#more-4427
syukran pd akhwat yg forward ya :p


Begitulah aku di jalan dakwah ini.

Terus terusan teruji.
Dengan hal peribadi.
Dengan Hati.
Dengan perasaan.

Dengan Harta
Dengan Kerja
Dengan Tarbiyah.
Dengan Adik2 dan anak binaanku
Dengan Jamaah yang inginkan keseluruhan hidupku.
Aku semakin matang!
Semua enigma tentang jalan ini terang bagi ku.
Bagai pelaut yang membaca bintang.
Memang sebenarnya Jalan dakwah ini kiranya kita intima’ dan takluki dengan sebenar benarnya, memang sukar untuk bertahan, kerana ia akan mengelegakkan jutaan perasaan hati kita.
Akan mengilukan dan menyedut segala galanya dalam hidup kita.
Memang kita akan runtuh!
Tapi kiranya kita bertahan hingga kehujungnya, barulah kita dapat menemukan potongan potongan mozaik hidup yang akan membuka ruang dalam hati kita untuk memahami zenit dan nadir yang dilalui oleh para nabi dan duat terdahulu!
Kerana itu, dijalan ini kita harus berasa optimis dengan apa yang kita lakukan. Sekalipun kita akan mengusap mata mata kita yang basah namun kita harus tetap tegar dan memegang prinsip bahawa dijalan ini hanya ada satu perasaan yang wujud …‘ duka’ …
…yang akan mengiringi kita sepanjang panjang nya ….
Jalan dakwah tidak membenarkan kita memilih.
Jika kita mencari harta dan menjadi kaya. Jalan dakwah akan memintanya.
Jika kita punya keinginan bersantai, jalan dakwah meminta masa kita.
Jika kita punya keluarga yang kita sayangi inginkan kita mengikut kehendak mereka, jalan dakwah menghalanginya supaya mengikut caranya.
Jika kita ingin sekadar berteman dengan seseorang, jalan dakwah menyuruh kita menarik teman kita kejalannya.
Jika kita bekerjaya dan sayang kerjaya kita, jalan dakwah menarik kita suruh bekerja demi nya.
Begitulah jalan dakwah. Mempunyai paru parunya tersendiri yang di pam oleh kemampuan seseorang untuk menghadapi setiap risiko yang tidak dapat ditawar tawar sedikit pun oleh nafsu kita yang rakus.
Jalan dakwah tidak ada toleransi kerana
Jalan dakwah ingin mengubah mentaliti kita dari mencintai dunia dan bersifat ananiyah kepada mencintai akhirat. Mengajar kita untuk mengenal janji janji Allah yang ghaib. Untuk melihat keyakinan kita. Untuk melihat apakah jenis manusia kita ini?
Yang berteori dan bersifat munafik atau yang benar akan kata katanya!
Disinilah hikmah komunikasi kita dengan jalan dakwah. Kita berkata dan bercerita dengan jalan dakwah tentang diri kita dan kita sendirilah yang akan membuktikannya.
Susahkan jalan dakwah?

Memang tak semudah yang kita sebut atau kita bicarakan dalam halaqah.
Yang banyak mengajar kita erti pengorbanan. Erti ketaatan.
Jika salah satu cara dakwah ini kita engkar, pastinya kita gugur dari jalan ini atau sekurang kurangnya kita futur. Sebab itu kita lihat dipermulaan jalan ini ramai yang ingin bersama dan dipenghujungnya hanya tinggal beberapa kerat tubuh yang compang camping dan letih lesu, penat melawan dunia.
Permulaan yang jernih. Itulah muntalaq mengingatkan kita.
Mulai sekarang kita jangan merasa selesa dengan keadaan kita. Bangga dengan ujian yang sekelumit yang telah mampu kita hadapi ….
Apalah sangat ujian mengorbankan sedikit masa untuk usrah dan halakah. Sedikit mengantuk dan sedikit letih dengan program program yang kita anjurkan atau ujian infaq kita yang seadanya untuk mengadakan program program dakwah atau duit minyak mengisi kereta dibanding dengan ujian pejuang pejuang yang berjihad dijalan Allah mengorbankan segala galanya untuk deen ini …
Jika inilah muhasabah kita, sudah tentu kita makin bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini sampai hujungnya.
Istiqamah dan daya tahan itulah ulu hati kepada dakwah ini. Namun ada antara kita memang tiada daya tahan.
Ada yang kuat waktu student, futur setelah bekerja setelah menyedut dunia.
Ada yang bertahan setelah bekerjaya tapi futur setelah berumah tangga dan beranak pinak.
Begitulah lazimnya Jalan dakwah mempamirkan penghuni penghuni dijalannya.
Bukan senang untuk mencipta ‘rindu’ pada ilahi.
Bukan senang untuk mengapai Arasy’

Bukan senang untuk jadi pemberani.
Bukan senang untuk mendapat aura syurga yang redup dan hidup terus menerus mananti kita ….
Hanya yang punya karisma dan bergelombang jiwa dijalan ini sahaja yang mampu diiringi malaikat bersama sutera putih yang lembut dan lemun bertemu teman bidadarinya …

Sunday, January 17, 2010

choppp...

to:ssms

Daie harus sungguh-sungguh,sabar dlm meniti jalan dakwah ini.Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, keazaman yang lemah dan pengorbanan yg sedikit

~ustaz K.H Rahmat Abdullah

Tuesday, January 5, 2010

PFS Diary: Episode 2


5 Jan 2010

menapak jalan berliku

Bermula rutin harian baru. Memandangkan Jalan Masjid Negeri yg sangat sesak setiap pagi, ana keluar kul 7.00 pg..Masih Gelap..Di Saujana,banyak bilik2 yg masih gelap dan hanya lampu meja sudah terpasang..waktu dimana tangan x mampu untuk angkat selimut yg seberat 20 gram..hehe
Menuju ke PFS melalui jalan Bukit Gambir dan seterusnya Jalan Green Lane. Jalan sudah mula sesak, terutama di sekitar jalan masjid Negeri, pemandu pula sudah mula menunjukkan sikap b**d*p dan rushing ke destinasi masing2.. sangat menakutkan, tibe2 kenderaan menyelit dr arah yg kita xsempat jangka...berulang-ulang..hah,terpikir balik yg ana akan mghadapi situasi ini setiap pagi selama 15 minggu...hanya kesabaran dan keselamatan di minta dr Nya..
 Sampai di PFS, tunggu semua partner datang dan kemudian menuju ke pejabat sekolah.PFS team terdiri daripada Hong Keng(Chem/Phy), Nagathevi (Bio/Math),Wong(Phy/Math),myself(Chem/Bio), -Suriani(Geo/Eco), Amani dan Ana(ICT/Geo)...those kinda 1 Malaysia Team..haha.
pertama sekali menjejakkan kaki di sekolah yg dibina pd tahun 1816 tu..bangunan pula agak usang..berdasarkan sejarah,sekolah ini dulunya dijadikan kem tentera jepun!!..Interesting..
Kami menunggu pengetua di bilik mesyuarat...agak lama..tunggu...dan tunggu....dan pd ketika itu datang la seorang cikgu menghantar "tugasan" pertama kami..."sementara awak tunggu PK1, bleh tolong saya staple kan kertas ni?". Ketua kami,Hong Keng membuat muka..ai belum mengajar lg dah kena buli ke..hehe..
selepas beberapa ketika, kami masuk berjumpa pengetua, Hj. Ramli Din..Pandangan pertama ana mengatakan yg dia nampak cam mesra, tapi setelah berbincang dgn dia, seakannya dia seorang yg strict..ntahla, a lot of things to be treasured about him..guru-guru disini gak kelihatannya agak friendly. manakala students pula mcm2 ada,chinese, indian,malay,singh..mix pon ada..(mcm tomyam seafood)..ada yg lg besar, muka matang dr cikgu pon ade.
Then , kami dipertemukan dgn Cikgu Abd. Samad.. Ketua Bidang Sains dan Matematik..Dia la yg banyak memberi penerangan kpd kami dan membawa kami mengelilingi sekolah..kenalkan dgn PK KO, bilik guru disiplin,lab, dewan kuliah,kantin dan tidak lupa antara yg paling penting-tandas..bukan ape bg sekolah budak laki sahaja.ada tandas unisex, ada tandas guru perempuan shj..hurm~

"Here, You Cannot Expect Students will respect you 100%..or you akan stress..Be flexible. It is about the students generation. nowaday students,they are very different from the backward one".." Be Friendly but don't get over, so the limit is still there..

Here, ko-k is very important..since PFS pegang rekod on top dlm KO-K..cikgu2 nanti akan jadi sibuk luar biasa menguruskan setiap aktiviti termasuklah kami..terpikir2 nak join ape tuk ko-k ek?nak join gamelan la..haha..taekwando ke..protection against my students..
 Akhir sekali sblum balik, kami sempat jumpa pak guard@mamu. Mamu 2 sempat lg berpesan pd kami.."nt ajaq depa satgi, toksah dok melawak la..buat muka serius ja..kamu ni pompuan, kena ada blajaq karate ke apa,students lg besaq dr kamu"..haha. Begitulah..banyak benda sebenarnya nk citer tapi  rasenye cukupla  kot.nt kalo diizinkan Allah, ana kan citerkan suasana bilik kami " Bilik Guru Pelatih" ..pertama kali ditubuhkan..isolated from da teacher's room..how we will survive ??kurang interaksi dgn guru..

Honestly memang nervous dan merisaukan apa yg kami dapat tau dr sekolah ni hari ini..dalam hati hanya Allah shj yg tahu..risaukan expectation yg tinggi dr observer..risau dpt front class yg mother tongue nye English..even bahasa ibunda sendiri diorang xdapat cakap..risau di"main"kan oleh well-knowledgeable students that wanna to test us..Allah sedang memerhati, Allah sedang menguji..Allah lah yg Maha Berkuasa di ats segalanya..andai ini yg terbaik..bantulah kami untuk melaluinya..Bekalkan kami kesabaran di atas kesabaran..ketenangan..redha...

Dan Tuhanmu berfirman," Berdoalah kepadaku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu".Sesungguhnyaorang-orang yg sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina (AL-Mukmin: 60)

 Mohon Doanye dr andajuga :)

Insha Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2


Sunday, January 3, 2010

PFS (Penang Free School) Diary.

4 Jan 2010 10.45 pg

 Hari ini perlu ke PPIP  utk amik dokumen dan borang2 yg akan diserahkan kepada pihak pengetua..Dalam dokumen 2 semua ada.Jumlah waktu pengajaran , borang kehadiran and dot dot..kena beli buku rancangan pengajaran,tp out of stock lak..tadi masa pg  sana,jumpa kawan2 "lama"..dina n husna and da gang..tapi x sempat nak borak2 lebih coz diorang pon cbuk mengejar urusan tuk sekolah masing2..seronok la gak. Alhamdulillah..ana gak yg agak rileks since ketua yg offer diri dah amik dokumen 2 siap2..jadi yg tinggalnye adalah taklimat LM. After taklimat. kami akan meeting untuk ke sekolah dan berurusan dgn pihak sekolah.. bagaimana la nanti suasana nye ye?tunggu je la..