Wednesday, December 8, 2010

ayuh berhijrah...

Salam maal hijrah kepada awak semua..harapnya masih belum terlambat...sedar tak sedar 1432H sudah pun menjengah..saya baru je mengintai blog-blog teman..Rata-ratanya menceritakan tentang penghijrahan..Bila menyebut penghijrahan,pasti ia sinonim dengan perkataan perubahan..tidak kira bagaimana anda sebelum ini, anda pasti perlu melakukan perubahan..merubah atau diubah oleh sistem kehidupan yang ada. Minimum perubahan berlaku dalam niat anda..Misalnya azam saya pada tahun ini, saya mahu menjadi orang yang lebih banyak bersyukur dan banyak berinfak kepada yang memerlukan..itu janji perubahan niat..apatah lagi bentuk-bentuk perubahan yang bersifat mendasar seperti perubahan kerjaya, tempat tinggal mahupun status anda..


Pada maghrib awal muharram yang lalu, saya terfikir kearah mana saya perlu melakukan perubahan..sebelum ini saya sangat tidak sukakan perubahan, ia menuntut kita untuk banyak berfikir dan bertindak..untuk serius..itulah zaman yang saya istilahkan sbagai zaman tidak matang..Namun, saya kira sudah sampai masanya untuk beradaptasi dengan perubahan...

Lazimnya seperti aur dengan tebing, perubahan juga akan diikuti dengan sedikit kepayahan dan ketidakselesaan..tidakkah begitu?perlu ada persediaan jiwa+mental+ fizikal yang mantap..Bagi saya semuanya mungkin dapat diatasi dengan sedarnya kita tentang status Hamba..
Saya cuba revise kembali, kenapa blog ini dinamakan sebagai monolog hamba..Jika saya namakan ia sebagai monolog manusia..apa yang agaknya akan berlaku..

ye, manusia itu sifatnya lemah,manusia yg tidak merasakan dia hamba akan cepat tidak berpuas hati dengan apa yang ia dapat, manusia yg tidak berjiwa hamba akan susah untuk bersyukur, manusia yg tidak berjiwa hamba tidak akan menembusi hikmah Pencipta di atas semua yg diaturkan ke atasnya..


Di atas apa yang berlaku dalam diari hidup saya, saya cuba dan akan cuba untuk memasukkan istilah hamba agar impaknya luar biasa..hadirnya perasaan syukur, redha dan rasa Dia ada yang sebelum ini saya tidak nampak selama hanya menjadi manusia..
ini azam tahun baru saya..kekal merasa hamba...........

p/s..saya nk hijrah ke Ipoh.Doakan ^_^"
selamat berhijrah kpd teman2 ke PJ, ke Limbang, ke Kg.Gajah,.dll

1 comment:

  1. selamat berhijarah ukhti salihah..moga ni titik langkah mencipta kejayaan diri dan tarbiyah yang lebih besar..hehe.ana suka melihat akhwat berhijrah, membuka minda, pengawalan diri dan berani dalam menghadapi situasi baru..Al da best ya..:)

    ReplyDelete