Saturday, November 7, 2009

the colors of family

Di suatu pagi, aku mendapat msg ucapan selamat hari terjadi dr ummu Khaliff..Lantas aku membalasnya dengan menanyakan ttg perkembangan anak-anak.

“ Alhamdulillah semua ok. Ujian Allah datang dari bentuk yg pelbagai. Kadang2 ibubapa ni x sempat nak fikir, anak-anak jadi mangsa dan orang lain pula amik kesempatan. So kena pandai handle sendiri la kan…?” Pesanan untuk diri sendiri jet u.

Aku sebenarnya dah dapat agak apa yang tersirat dalam msg nye, Cuma xnak menambahkan kekeruhan dan menambahkan lagi cili dalam sambal belacan yg tersedia. Jadi aku rasa perlu ada satu kata-kata positif yg perlu diutarakan. Aku kemudian memikirkan ini adalah ada ruang untuk dakwah keluarga!!.

“Kena banyak doa, kak.Doa ibu sangat mujarab.Moga anak2 sentiasa dilindungi oleh Allah, terpelihara hingga ke hari kematian kita.

Serius!, aku x pernah msg kata2 macam ni pada kakak2 ini apatah lagi kalo ianya berbentuk lisan. Selama ini komunikasi kami bersifat kegembiraan sahaja. Ntah mcm mna pg tu aku berani tuk reply those kinda msg.

Risau takut msg ini berbentuk nasihat dr ku yg kurang pengalaman kepada seseorang yg lagi tua ni, lantas aku menambahkan satu ayat di hujung msg:-

“Msg ini berbaur sharing, it is not advicing”.

“Advice pon ape salahnye..sape lagi nak tegur kalo bukan sesama kite?!

Waaaa, terkejut dpt msg ini. Ini peluang Allah bagi untuk ku sampaikan padanya apa yg selama ini aku simpan dan x berani nk sampaikan..
Selama ini aku memikirkan sejauh mana aku sudah mendakwahi keluarga. At least kita menjadi manusia yg ‘sunat’ dalam kehidupan family kita. Melihatkan ujian Allah yg pelbagai ke atas keluarga menjadikan ku berfikir bahawa aku tidak mahu menjadi org yg hanya meratapi kenapa ia terjadi, atau sentiasa perlukan seseorang untuk ku share itu dan ini, hanya berdoa di atas sejadah untuk Allah memberkati keluargaku. Keluarga ku bukan sempurna untuk aku selesa dan tidak berbuat apa-apa. Tidak pula selamat untuk hanya mengandalkan kelegaan ku berasa selesa di jalan tarbiyah ini sorang-sorang. Tidak pula kami ini termasuk golongan yg dijamin syurga untuk aku lemah dan putus asa.
Aku perlu buat sesuatu!!!!walaupun sekelumit kuman, walaupun satu per seribu km perjalanan kearah daerah kebaikan.

“ Wahai orang-orang yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selal mengerjakan apa yg diperintahkan.”

(At-Tahrim: 6)

Monday, November 2, 2009

ma :)

terima kasih ma, kerna berkat doa ma, "ore" berda di jalan tarbiyah, bukan di tempat yg x sepatutnya.......
terima kasih ma, kerna doa ma, ore berjaya masuk universiti, bukan di di tempat yg x sepatutnya......
jadi pantaskah aku menjadi hambaMu yg sentiasa mempersoal lantas x bersyukur dgn kehadiran insan yg dipanggil "ma"
maka nikmat yang tuhan yg mana yang telah kamu dustakan(55:13)

jadi mohon kpd ma agar sentiasa mendoakan anakmu ini....doa........doa.......doa..tanpa putus walaupun satu hari ore akan mengulangi kesilapan yg sama...:(
DOA supaya ore menjadi anak yg sentiasa memohon keampunan terhadap kesilapannya terhadap ibunya,yg sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya, yg sentiasa meminta pd Allah agar mengampuni dosa ibunya..sungguh, aku tak pandai berbicara yg manis2 dgn ibu,sperti sayang ma sokmo..waa terasa berat lidah..emm tapi aku yakin Allah Maha mengetahui aku ada gantiaannya


#ore-saya/aku
#ma-mama/ibu
Mother by Sami Yusuf

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now its too late
Forgive me

Now Im alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother Im lost without you

You were the sun that brightened my day
Now whos going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother Im lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti mai ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
Your mother, Your mother, Your mother
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

Tuesday, October 27, 2009

di suatu pagi...


Di suatu pagi yang indah, terdapat dua orang akhwat sedang asyik ber'ym' sambil mendengar bunyi2 burung yg sedang enak menjamu selera dengan sepotong roti Gardenia WholeGrain Fibremeal,hadiah dr Allah. bertuah sungguh si burung itu. Sebenarnya dua orang akhwat tersebut tengah melakukan Short Distance Chatting rupenye. Mari kita ikuti perbualan mereka:

zinnirah hakd: jangan risau macam mana nak support ana met
zinnirah hakd: jangan risau tak pandai nak bagi kata2
zinnirah hakd: yang paling penting, kite berukhwah mcm biasa
zinnirah hakd: ana tak pernah sedih pun kalau tak ada kata2 semangat atau apa2
zinnirah hakd: jgn risau, doa dah lebih dari cukup
zinnirah hakd: cuma yang ana sedih, bila anti macam 'bertukar wajah' tanpa ana tahu sebabnya
natsuogobeng: xpela,benda remeh jer...time iman goyah mcm tu la.sume benda nak terasa, smua citer nk org len dgr.ana pon x tau nak start suasana yg baru cmna.biasanye akan terpengaruh dgn suasana org sekeliling. ceria bila org lain ceria..senyap bile org len senyap, bila cuba nak ceria, tp balasannya adalah xceria, jadi dah patah semangat..terima kasih byk2 kerana terus bersabar dan bersabar...banyak sisi yg perlu diperbetulkan..biasanya akan merefleksi diri sejauh mana dah memberi /menyumbang pd org lain kalo asyik nak mempersoalkan kurangnya diberi..
natsuogobeng: lama da x men ym jarak dekat cmni
zinnirah hakd: jujurnya ana tak nak kita main perasaan met..
zinnirah hakd: jom kita sama2 belajar berlapang dada..
zinnirah hakd: ketepikan perasaan kita untuk kita merasai nilai ukhwah yang sebenar
zinnirah hakd: sama2 saling memaafkan dan melupakan kesalahan
zinnirah hakd: supaya syaitan tak mudah goyahkan kita
zinnirah hakd: jom rumet
zinnirah hakd: walau apa pun yang terjadi, kita kembali letakkan kepercayaan dan keyakinan pada saudara seaqidah kita
natsuogobeng: apa itu berlapang dada?
zinnirah hakd: terasa macam mana pun, kita ketepikan
natsuogobeng: cuba jelaskan
zinnirah hakd: berlapang dada?
zinnirah hakd: em, bila kita terasa dengan akhwat
zinnirah hakd: kita maafkan,
zinnirah hakd: kita ketepikan perasaan terasa tu dan kita terima kesalahan akhwat
zinnirah hakd: kemudian kalau memang salah akhwat, kita bagitahu dengan niat membetulkan kesalahan
natsuogobeng: oh dashyat2
zinnirah hakd: bukan kerana emosi met
zinnirah hakd: met, ukhwah tu tak sebatas
zinnirah hakd: kita mendengar masalah, memberi semangat
natsuogobeng: ana nak lari la dr benda ni
natsuogobeng: complicated
zinnirah hakd: anti tak boleh lari dari masalah
zinnirah hakd: tapi ant kena belajar mendidik diri
zinnirah hakd: ini perangkap syaitan met
natsuogobeng: nape org len releks jer
zinnirah hakd: ingat
zinnirah hakd: ukhwah adalah basic kekuatan islam
zinnirah hakd: kita kena sama2 belajar
zinnirah hakd: kita nak bawa islam met
natsuogobeng: ia x perlu diajar ke?
natsuogobeng: i mean
natsuogobeng: xpandai
natsuogobeng: emm xda rujukan?
zinnirah hakd: ana tgh ajar la ni kan
zinnirah hakd:
natsuogobeng: ooh
zinnirah hakd: baca la buku virus2 ukhwah
zinnirah hakd: hayati hadith 35
zinnirah hakd: met, dalam hadith tu met
zinnirah hakd: Allah dan rasulNya sangat2 menekankan ukhwah
natsuogobeng: ada sense of belonging
zinnirah hakd: back to sirah met
zinnirah hakd: para sahabat pun adakalanya berselisih
zinnirah hakd: tapi tu bukan masalahnya
zinnirah hakd: masalahnya sikap mereka bila berselisih
zinnirah hakd: masing2 saling memaafkan dan merasakan diri yang bersalah
zinnirah hakd: takut berbuat dosa atas mukmin
zinnirah hakd: semua ni kita sama2 pupuk met
zinnirah hakd: setiap orang sisi peribadi berbeza
zinnirah hakd: anti jangan fikir 'kenapa orang lain relaks'
natsuogobeng: ana kdg2 fikir ana nak try dok ngan akhwat len
zinnirah hakd: itu cuma cara conter diri sendiri
natsuogobeng: adakah ana akan mengalami benda yg sama
natsuogobeng: ?
zinnirah hakd: cuba la kalau nak
zinnirah hakd: ana pun tak pasti
natsuogobeng: emm
zinnirah hakd: tapi satu je pesan ana met
zinnirah hakd: dengan siapa pun ati rapat
zinnirah hakd: dengan siapa pun anti rapat
zinnirah hakd: berusahaalah untuk berlapang dada dengan akhwat
zinnirah hakd: besangka baik
zinnirah hakd: jangan biarkan syaitan sibukkan kita dengan benda2 macam ni
natsuogobeng: seluas padang golf?
zinnirah hakd: its a process
natsuogobeng:
zinnirah hakd: but it must be learnt
zinnirah hakd: lebih luasa dari segalanya
zinnirah hakd: lebih luas dari alam semesta
natsuogobeng: biar berperingkat met
zinnirah hakd: jangan lari
zinnirah hakd:
zinnirah hakd: ye met
zinnirah hakd: berperingkat
zinnirah hakd: inilah peringkatnya
natsuogobeng: ape
zinnirah hakd: dah masanya anti belajar
zinnirah hakd: bukan settle
natsuogobeng: hah?
zinnirah hakd: anti belajar bukan ant menyetlekan
zinnirah hakd: ana juga tengah belajar
natsuogobeng: oo
zinnirah hakd: dan ana sedang belajar
zinnirah hakd: cuma ana sangat harap
zinnirah hakd: dalam masa kita belajar
zinnirah hakd: kita tak melanggar batas2 hukum
natsuogobeng: ajar seperti hang diajar?
zinnirah hakd: batas2 dosa met
natsuogobeng: em?
natsuogobeng: ooh
zinnirah hakd: tak jugak
zinnirah hakd: ana tengah bantu anti met
natsuogobeng: sama x ukhwah org umum?
zinnirah hakd: ana tak pernah akhwat explain mcm ni
zinnirah hakd: tak sama met
natsuogobeng: haha
zinnirah hakd: sebenarnya
natsuogobeng: bertuah la kira ni
natsuogobeng: ana ni ada ego tau
zinnirah hakd: tapi sekarang kita tgh mengaplikasikan ukhwah muslik
zinnirah hakd: muslim
natsuogobeng: finally mengaku
zinnirah hakd:
zinnirah hakd: semua orang ada ego met
natsuogobeng: tinggi
zinnirah hakd: ant nak ana cakap lagi?
natsuogobeng: ....
zinnirah hakd: rumet..
natsuogobeng: ada lg ke nak ckp?
natsuogobeng: haha
zinnirah hakd: semua orang ada ego rumet
zinnirah hakd: tapi rumet
natsuogobeng: ego ini telah menghalang
zinnirah hakd: rendahkan diri kita serendah tahapan hamba met
zinnirah hakd: tahap kita di bumi Allah ni
zinnirah hakd: sama jugak
zinnirah hakd: ana tak suruh anti buangkan ego sekelip mata
zinnirah hakd: tapi min ana bgtau ant macam mana\
zinnirah hakd: kemudian teruslah berusaha
zinnirah hakd: rumet..
zinnirah hakd: ego yang telah menngeluarkan syaitan dari syurga
natsuogobeng: kalo x larat, pergilah baring
zinnirah hakd: kitaa sbg manusia
zinnirah hakd: kena buangkan ego tu met,
zinnirah hakd: berusaha utk buangkan ego
zinnirah hakd: ingat kenapa kita di sini
zinnirah hakd: siapa pencipta kita
natsuogobeng: ego tuk berubah
zinnirah hakd: siapa yang mendatangkan masalah
zinnirah hakd: layak ke kita nak bersikap ego?
zinnirah hakd: layak ke kita nak bersikap ego met?
zinnirah hakd: kita nak ego dengan siapa met?
natsuogobeng:
zinnirah hakd: Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu
zinnirah hakd: kita berubah kerana Allah met
zinnirah hakd: semua kerana Allah
zinnirah hakd: minta maaf dengan akhwat kerana takut Allah marah
zinnirah hakd: berusaha berubah kerana ini yang Allah nak
zinnirah hakd: sekali lagi 'berusaha' met
zinnirah hakd: dan usaha ana yakin ant berusaha
zinnirah hakd: itu yang akan Allah nilai met
zinnirah hakd: jangan rasa berat met
zinnirah hakd: kita nak sayang ALlah
zinnirah hakd: nak cinta Allah
zinnirah hakd: kalau awal2 tarbiyah dulu jihadnya lain
zinnirah hakd: sekarang jihadnya lain met
zinnirah hakd: semuanya satu proses tarbiyah langsung dari Allah met
zinnirah hakd: berusaha
zinnirah hakd: dan kita sama2 berusaha
zinnirah hakd: ana minta maaf kalau ana terkasar bahasa
zinnirah hakd: tapi ana  nak didik anti macam yang anti nak
zinnirah hakd:
zinnirah hakd: dan kalau anti taknak pun
zinnirah hakd: ana nak
zinnirah hakd: ana nak buat
zinnirah hakd: susah met
zinnirah hakd: memang susah
zinnirah hakd: tapi kita doa moga Allah bagi kekuatan utk kita berubah
zinnirah hakd: ana pun nak berubah
Last message received on 10/28 at 7:33 AM
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah..itulah tarbiyah.Moga memberi manfaat pada yang membacanya. Sekadar sharing tentang nilai ukhwah yang dicari...Didiklah ana yang dangkal ilmunya=)..Mohon Doanya. Ukhwah pada sesetengah orang adalah remeh, tapi ljika anda tidak mampu melepasinya, ia kan menyulitkan proses yang seterusnya.




Ketenangan....

Dialah yang menurunkan ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka(yang telah ada). dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Agar Dia masukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Merka kekal di dalamnya dan Dia akan menghapus kesalahan-kesalahan mereka. Dan demikian menurut Allah suatu keuntungan yang besar, (al-Fath: 4-5)
.......................................................................
Ya ALLAH, berikanlah ketenangan kepada hati-hati kami. Sesungguhnya Engkau bersama kami.

UNTUK AKHWATKU,AFWAN KATSIRA, GOOD LUCK FOR FINAL EXAM.BITTAUFIQ WANNAJAH
FIGHT!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, October 23, 2009

ALLAH bersamaku........

Bismillahirahmanirahim..Setting post yg x betul ni telah menyebabkan kematian mood utk menulis post yg baru.kalo sesiapa tahu mcm mana nak ubah setting ni, gtaulah saya ye..sedangkan byk kisah dan coretan tarbiyah yg ingin diceritakan..lenyap begitu shj.mengejar dateline assgment dan test serta lab reports yg menggunung
(Fuiyo,mcm dia sorang je sibuk..=))tu menyebabkan terlepas peluang menceritakan tarbiyah Allah yg dilalui di tengah2 nye




mmg byak..moment yg menguji keikhlasan, kefahaman, kesabaran dan ketenangan dalam meletakkan tempat perggantungan sebenar..di sini la kita dapat mengenal diri..sejauhmana kemampuan diri.Bila fikir balik,nape ada perasaan xmalu nangis didepan akhwat akibat tersangat gelabah ketika itu, tapi rasenye kt ctu akhwat bleh tolong kot apa side yg masih x setel..Pengalaman yg sangat berharga.xtau la bila saatnya nak mencritakan kesemuanya..yang pasti, Hanya padaMu aku mengadu yg utamanya. Terima kasih pada seorang akhwat ni yang memperkenalkan lagu Izzatulislam yang bersesuaian dengan situasi ketika itu



Allah kan bersamamu
bila kau selau bersamaNya
Allah kan pasti menolongmu
Bila kau menolong agamaNya.

terngiang-ngiang lagu iniketika itu..terutama rangkap di atas.lalu ana nyanyikannya di banyak tempat.diulang dan ulang.di atas motor, ketika ngah pulun wat lab reports.ngah mandi pon nyanyi gak.hehe.


Allah PASTI BERSAMA ku

Thursday, September 10, 2009

Berserah Total pd ALLAH



Sedih..kecewa..itulah perasaan di saat pengaduan tidak diendahkan..itulah natijahnya yg ALLAH hendak tunjukkan apabila diri menjadi manusia yang berserah total pada manusia lain. kerna sifat manusiawi yang tidak kekal dan kadangkala lemah, kita akan menemui perasaan yang tidak seronok..

alhamdulillah...apa yang berlaku menjadikan diri melakukan turning point untuk meletakkan hanya Allah tempat pengaduan dan pergantungan yang terbaik. bukan pada akhwat..i'a


emosi negatif menjalar menguji keterikatan hati. hanya pada Mu Ya ALLAH, Segalanya diserahkan...disini ukhwah teruji adakah ukhwah fillah atau ukhwah jahiliah. untuk mengkategorikan........diriku pun x pasti.




Jangan hanya pandai mengatakan........



Jangan hanya pandai mengatakan

“Wahai orang-orang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?”

“itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan”. (61: 2-3)

Dalil surah As-saf ini sudah cukup menggerunkan. Sudah jelas peringatan Allah terhadap orang yang tidak membuat apa yang dia perkatakan pada orang lain. Atau dalam bahasa mudah sekadar berteori. Atau dalam bahasa pasar “cakap je pandai”….

Sebelum itu mari kita menyingkap satu hadis ke 2508 yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab terjemahan Hadis Shahih Muslim (Jilid I, II, III, & IV) halaman 396-397 di bawah tajuk :-

Jangan hanya pandai mengatakan

Dari Usamah bin Zaid r.a katanya dia ditanya orang: “ Mengapa anda tidak menghadap Usman supaya anda dapat berbicara dengannya?” jawab Usamah, “ Apakah kamu mengira bahawa aku tidak berani berbicara dengannya kecuali bila kamu dengar?
Demi Allah, aku telah berbicara empat mata dengannya tanpa menyebut perkara yan tidak kusukai, iaitu supaya aku orang pertama yang memulainya dan aku tidak pernah berkata kepada seseorang bahawa dia sebagai penguasa : Sesungguhnya dia adalah yang terbaik.Iaitu setelah mendengar Rasulullah saw bersabda. “Kelak di hari kiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keldai memutar kilangan. Maka berkumpul ke dekatnya penduduk neraka lalu mereka bertanya, “ hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar?” jawabnya “ ada! Aku menyuruh yang ma’ruf tapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri yang melanggar”
Fuh…muhasabah diri sendiri. Akur akhirnya apabila kadang-kadang diri sendiri diletakkan di jurang neraka apabila sering kali berteori tanpa praktikal. Mungkin banyak lagi dalil dan hadis-hadis terkumpul yang membahaskan tentang kelambatan dalam beramal. Ataupun mungkin kita boleh jadikan sirah-sirah sahabat yang pantas beramal setelah mendengar ucapan dari Rasulullah saw.
Teringat pertanyaan dari blog seorang akhwat “ hal nahnuqaumun amaliyyun(adakah kami kaum yang beramal?). cukup untuk membuat aku berfikir panjang…………….

Coretan tarbiyah………….

“ ana tak kisah antum lambat dalam mentarbiyah dan berdakwah, ataupun tidak berhasil mendapatkan binaan, tapi ana cukup tak suka pada orang yang tak berusaha”

Kret…kret…mcm terkena electric current di saat mendengar mutiara kata murrabiahku. Kata-kata yg terucap suatu masa yang dulu. Cukup lama, tapi masih segar. Seolah-olah ia ditujukan tepat padaku. Ataupun kata-kata dari akhwat.-“anti ni cakap je pandai”. Wah cukup pedas, tapi alhamdulillah dan terima kasih pada Allah melalui perantaraan akhwat yang menyedarkanku…itulah ukhwah. Bukan hanya dibuai dan dipuji, namun ditegur bila tak disenangi..yang pasti ia dihargai.

Usaha hasil dari kefahaman yang jelas dan azam yang kuat dan yang paling pada siapa diserahkan segala usaha. Untuk manusia? Pasti hebat di permulaannya namun pengakhirannya lemah akibat dari respon manusia yang sementara yang sentiasa berubah, yang kekal hanyalah ALLAH.


Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini yang kurang beramal soleh, yang mengatakan sesuatu yang tidak diperbuatkan dan yang tidak berusaha dengan semampunya. Hanya padaMu aku mengadu kelemahanku. Jangan tinggalkan aku Ya Allah. Aku mengandalkan amalku hanya padaMu, bukan pada manusia di sekelilingku. Amien…

Monday, August 31, 2009

RAMADHAN YA KAREEM


alhamdullilah...kalimah yg teragung yg pantas diucapkan oleh hamba2 yg hina atas segalaya drNya. kesempatan berada di bulan ramadhan juga salah satu nikmat terbesar bg kita dimana ianya menjadi bulan yg sangat special berbanding bulan2 lain. lalu pantaskan kita x bersyukur menjadi tetamu yg special ini?subhanallah..


TAWARAN HANYA 1-30HB RAMADHAN SAHAJA!!


emm,..kehadiran bulan ramadhan kali ini dirasakan sangat indah. malam 1st ramadhan, ana sempat menggambarkan diri berada di garisan permulaan kejohanan marathon ibadah antarabangsa..xsabar merebut ganjaran2 ibadah yg ditawarkan.itulah perasaan ketika itu.ada satu perasaan terharu di saat malam pertama solat terawih. satu perasaan yg x mungkin dirasakan andai diri masih x diragut tarbiyah Allah.mungkin......Ya ALLAH jadikan bulan ramadhan ini bulan tarbiyah utk akhlakku, ibadahku.amin

untukkmu juga, akhwatfillah ;p

Sunday, July 5, 2009

KESELESAAN=KETENANGAN??


emm..lama sungguh tak menjenguk merefresh blog ni..kadang2 malas..kadang2 tak connected..busy pun ada gak.hehe

well alhamdulillah setakat ini urusan pendaftaran sem berjalan "agak lancar " berbanding sebelum2 ini.harap2nye x akan ada pindaan@ape2 perubahan yang melanda. kadang2 mengomel sendirian, bukan budak pendidikan la kalo xda kekalutan di hari pendaftaran. setiap sem, pasti ada ujian Allah untuk memulakan sesi pembelajaran.contohnye clash la, kena cari PA yang xtahu kat mana,salah unit la, dan mcm2...kadang2 aku tewas gak dengan ujian tu.muka cam tempe jadinyer.xmakan satu hari pon xterasa lapar kalo dah kena rushing dengan urusan pendaftaran. teringat kisah masa ana 1st year and 1st time mengharungi sesi pendaftaran kt apex ni..masa tu aku xda kawan pon coz kat aman damai 2 x ramai budak sains yg aku kenal dan yang aku nak kenal. time 2 pikiran masih berada di rumah aka homesick at low level. jadi pegi la sorang2 daftar. bila da tersangkut dalam urusan 2, muka ana da mula berubah, mcm nak nangis pon ada. tegur org pon tidak..haha..satu hari x makan dan x rasa lapar lak tu..ajaib btul time tu.nak dibandingkan dgn waktu2 yg biasa2, ana memang mudah lapar n kuat makan. itulah alkisahnya. time ngah tulis ni, baru je pas daftar amali yanga da sedikit masalah gak tapi i'a dah setel td. hurm sem ni da sem last yg ana kena blaja kt kampus, sem depan da LM.i'a..moga2 x tersangkut..aim insya ALLAH nak merasa perasaan dapat sijil dekan buat kali terakhir..

teringat semalam mendapat taujih dari seorang akhwat ni. dia bertanyakan setiap orang dari kami ape nikmat yang terbaru yg kitorang dapat? ana dan seorang akhwat lg berkongsi yg nikmat yg kami dapat adalah perjalanan hidup pada hari itu agak smooth, nothing yg menyerabutkan berlaku.bagi ana itu satu nikmat. x merasa termengah-mengah dan rushing too much. but after dat, wpun akhwat 2 x bermaksud pon untuk kami, tapi seolah-olahnya ia satu peringatan dari ALLAH bahawasanya keselesaan bukan satu jaminan ketenangan. hati tenang adalah bila kita mendapat ujian ketidakselesaan dan kita mampu tersenyum dan melepasinya.kita rasa perjalanan kita selesa dan smooth mungkin kerana Allah tidak memerhatikan kita pada hari itu. seperti kisah Umar Al-Khattab yg cukup resah apabila tiada ujian yg menimpanya pada hari itu. ujian tanda kecintaan Allah.Bercakap dan berteori memang mudah. bercakap pasal bersabar di atas ujianNya ke atas org lain juga mudah.Ana sangat mengharapkan bila sampai ujiannya nanti ana kan terus tegar dan tersenyum.bukan muka cam tempe, bukan bisu tak terkata, bukan berjauhan dari akhwat malah dari ALLAH..DOAKAN ANA DAN KITA SEMUA ye?!!.....moga2 ketidakselesaan di hari pendaftaran diberi kredit di ats prestasi dan keberkatan akdemik untuk sem ini.Hikmah yang tersembunyi

Friday, May 29, 2009

ANA MENCUBA...

Alhamdulillah
Akhirnya si pytia ni bg gak kebenaran utk aku pinjam bukunya. Jangan Bersedih karangan Dr ‘Aidh AL-Qarni. Buku yg sepatutnya dipinjamkan kepada kakak aku untuk tatapan dirinya sendiri namun aku yg terlebih dahulu menatapinya. Aku yg kebetulan pada masa itu diulit kesedihan dek kerana menginginkan kesempurnaan hidup dari setiap segi sudah cukup senang mengalirkan air mata bila membuka halaman depan buku tersebut.

Bab 1 : merenunglah dan bersyukur

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kalian tidak akan dapat menghitungnya (14:34)

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNYA secara sepurna kepada kalian, baik yg zahir mahupun yg batin (31: 20)

Maka nikmat tuhan kalian yg mana yg layak engkau dustakan? (55: 13)

‘ Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia yg tidak mempunyai kaki?
aPakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah, padahal banyak lagi manusia yang kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain tidak dapat tidur kerama sakit yg menganngunya?
Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yg lazat dan minuman yg dingin, sementara masih banyak orang lain yg tidak dapat makan dan minum kerana kemiskinan da penyakit yg mereka deritai?
Renungkanlah? Betapa besarnya fungsi penglihatan dan pendengaran di mana Allah menjauhkan anda dari buta dan tuli

Ya Allah, x terhitung banyaknye dosa ku terhadapMU..kurangnya kesyukuran ku panjatkan di atas segala nikmat yg KAU berikan.
Ku imbas sekali….
sesekali terbit rasa ketidakpuasan hatiku di atas ape yg berlaku, apa yg aku ada seakannya tidak membuatkan aku gembira dan bersyukur. Seringkali merintih kerana nasibku tidak sama dengan insane yg lain. Merasakan diri ini serba kekurangan berbanding insane lain, cuba menutupi keletihan dan kesedihan di tempat yg tak sepatutnya.dan yg ‘teruk’ aku sanggup mengadukan kesedihanku bukan di tempat yg utama hingga melupakan DIA..

Si DIA yg setia menanti pengaduan hambaNya, si DIA yg mempunyai rahmat dan nikmat meluas melebihi dosa2ku terhadapNya. SubhanaALLAH.

Penawarnya ada di hadapan, malangnya dihalang oleh dosa2 yg menghalang ianya mengubati hati yg penuh lumpur sehinga kebenaran yg tersuluh jelas dirasakan seperti 1 cahaya yg tidak bertenaga.
Jalan mengubatinya terbentang di hadapan mata, malangnya urat2 nadi dilemahkan oleh nafsu yg meminta dan meronta


ANA MENCUBA ……………………….

Wednesday, May 20, 2009

mEncaRi....


Ummu muhaimin, ummu habibah, asma’ , safiyyah, zinnirah, dan banyak lg yang xlarat nak tulis kat sini nama2 gelaran akhwat. Sounds nice ya. Tapi actually ana xda lg nama gelaran.mungkin asbab yg utama ialah kurang pengetahuan ttg sejarah srikandi2 islam yg *subarasii dan membuatkan ana terpegun. Dulunya sebelum mengenali akhwat, ana suka nama aishahumairah, walaupun nama humaira 2 gelaran pada Siti Aisyah, isteri kesayangan Rasululah saw kerna mukanya yang kemerah-merahan tapi tiada pula namanya menjadi aishahumairah. Pandai2 je aku ni..then tukar ke syajaah lak, pastu rasa cam x best lak.
Sekarang ni ngah mencari idea tuk gelaran yg baru. Kalo ada cadangan, bleh la share.haha..bleh ek lgu 2?!!mana tau, antunna kan cermin ana.

Bukan ape, bgus juga ada nama gelaran ni, selain bleh seronok2 ada 2 nama sekaligus..(hehe) tapi kita pastinya terpacu untuk mencontohi individu tersebut.. contohnya seperti yg dicoretkan oleh ummu mush’ab dlm blognya. Pilih nama mush’ab kerna si ukhti ni berkongsi tarikh lahir dengan Mush’ab al-Zarqawi, “ moganya bertmbah roh jihad dalam diri dengan meletakkan nama mush’ab or Ummu Mush’ab” katanya. Betul2! Amin.
*subarasii-hebat

n cr

here i come...

“Ukhti, kalo rajin 2 singah2 la blog ana”.pinta si pytia ni. Anti xnak wat blog gak?tanya lg si pytia ni..soalannya mengingatkan ana pada ummu muhaimin. Suatu ketika dulu soalan yg sama gak ditanya pada aku.
Ukhti, bila nak wat blog? Tanya ummu muhaimin…Pytia dah ada blog, maju ar akhwat sekarang” sambungnya sambil tersenyum padaku.
Ya pytia@ummu mush’ab da ada blog, *omedetou! Moga bermanfaat ya
*omedetou- tahniah
Here I come. Blog ni hanyalah platform bg ana tuk berkongsi perasaan untuk setiap kejadian yg berlaku dalam hidup kita.tidak mengharapkan followers, cma akan di assume sbg my diary..its better..ceriter Tentang perjalanan tarbiyah yg masih terlalu jauh terbentang di hadapan kita. This path may be difficult, but the final destination is certain, AllahuAkbar!!
Ya, apabila hidup di dalam kotak tarbiyah, kita sebolehnya cuba utk melihat hikmah setiap apa yg berlaku dlm sudut yg berlainan dan mungkin lari dari kebiasaan.
“Daie yang sejati itu bukanlah seseorang yang mempunyai sosok peribadi yang mudah dan sanggup untuk berkorban , tapi yang bisa bermujahadah melawan hawa nafsu dan bangkit kembali di saat tersadung kejatuhan”

Ungkapan di atas diambil dari buku Fiqh Dakwah karangan Mustafa Masyhur dan sebahagiannya di ‘outer’ sendiri untuk menjadikan ayat yg lebih kick.Kata2 yg mampu membuatkan aku terpaku dan kaku..well, terasa ke?
Well, terasa 2 bagus. Maksudnya hati itu masih lg hidup. Bukan mati, xda perasaan. Moga2 hati yang hidup akan memberi signal untuk melakukan transformasi dan menggerakkan urat2 nadi tuk melawan hawa nafsu. Nafsu amarah, nafsu tidor, nafsu makan berlebihan dan ditambah dengan bantuan angkatan syaitan2. bukan calang2 musuh kita tp 2 x bererti kita harus menyerah kalah dong!!. Persiapan untuk peperangan juga perlu mantap.