Friday, May 29, 2009

ANA MENCUBA...

Alhamdulillah
Akhirnya si pytia ni bg gak kebenaran utk aku pinjam bukunya. Jangan Bersedih karangan Dr ‘Aidh AL-Qarni. Buku yg sepatutnya dipinjamkan kepada kakak aku untuk tatapan dirinya sendiri namun aku yg terlebih dahulu menatapinya. Aku yg kebetulan pada masa itu diulit kesedihan dek kerana menginginkan kesempurnaan hidup dari setiap segi sudah cukup senang mengalirkan air mata bila membuka halaman depan buku tersebut.

Bab 1 : merenunglah dan bersyukur

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kalian tidak akan dapat menghitungnya (14:34)

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNYA secara sepurna kepada kalian, baik yg zahir mahupun yg batin (31: 20)

Maka nikmat tuhan kalian yg mana yg layak engkau dustakan? (55: 13)

‘ Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia yg tidak mempunyai kaki?
aPakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah, padahal banyak lagi manusia yang kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain tidak dapat tidur kerama sakit yg menganngunya?
Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yg lazat dan minuman yg dingin, sementara masih banyak orang lain yg tidak dapat makan dan minum kerana kemiskinan da penyakit yg mereka deritai?
Renungkanlah? Betapa besarnya fungsi penglihatan dan pendengaran di mana Allah menjauhkan anda dari buta dan tuli

Ya Allah, x terhitung banyaknye dosa ku terhadapMU..kurangnya kesyukuran ku panjatkan di atas segala nikmat yg KAU berikan.
Ku imbas sekali….
sesekali terbit rasa ketidakpuasan hatiku di atas ape yg berlaku, apa yg aku ada seakannya tidak membuatkan aku gembira dan bersyukur. Seringkali merintih kerana nasibku tidak sama dengan insane yg lain. Merasakan diri ini serba kekurangan berbanding insane lain, cuba menutupi keletihan dan kesedihan di tempat yg tak sepatutnya.dan yg ‘teruk’ aku sanggup mengadukan kesedihanku bukan di tempat yg utama hingga melupakan DIA..

Si DIA yg setia menanti pengaduan hambaNya, si DIA yg mempunyai rahmat dan nikmat meluas melebihi dosa2ku terhadapNya. SubhanaALLAH.

Penawarnya ada di hadapan, malangnya dihalang oleh dosa2 yg menghalang ianya mengubati hati yg penuh lumpur sehinga kebenaran yg tersuluh jelas dirasakan seperti 1 cahaya yg tidak bertenaga.
Jalan mengubatinya terbentang di hadapan mata, malangnya urat2 nadi dilemahkan oleh nafsu yg meminta dan meronta


ANA MENCUBA ……………………….

No comments:

Post a Comment