Sunday, January 24, 2010

di sebalik kesibukan...




sekadar copy paste dr link:
http://muharrikdaie.wordpress.com/2010/01/18/kau-selalu-dihatiku/#more-4427
syukran pd akhwat yg forward ya :p


Begitulah aku di jalan dakwah ini.

Terus terusan teruji.
Dengan hal peribadi.
Dengan Hati.
Dengan perasaan.

Dengan Harta
Dengan Kerja
Dengan Tarbiyah.
Dengan Adik2 dan anak binaanku
Dengan Jamaah yang inginkan keseluruhan hidupku.
Aku semakin matang!
Semua enigma tentang jalan ini terang bagi ku.
Bagai pelaut yang membaca bintang.
Memang sebenarnya Jalan dakwah ini kiranya kita intima’ dan takluki dengan sebenar benarnya, memang sukar untuk bertahan, kerana ia akan mengelegakkan jutaan perasaan hati kita.
Akan mengilukan dan menyedut segala galanya dalam hidup kita.
Memang kita akan runtuh!
Tapi kiranya kita bertahan hingga kehujungnya, barulah kita dapat menemukan potongan potongan mozaik hidup yang akan membuka ruang dalam hati kita untuk memahami zenit dan nadir yang dilalui oleh para nabi dan duat terdahulu!
Kerana itu, dijalan ini kita harus berasa optimis dengan apa yang kita lakukan. Sekalipun kita akan mengusap mata mata kita yang basah namun kita harus tetap tegar dan memegang prinsip bahawa dijalan ini hanya ada satu perasaan yang wujud …‘ duka’ …
…yang akan mengiringi kita sepanjang panjang nya ….
Jalan dakwah tidak membenarkan kita memilih.
Jika kita mencari harta dan menjadi kaya. Jalan dakwah akan memintanya.
Jika kita punya keinginan bersantai, jalan dakwah meminta masa kita.
Jika kita punya keluarga yang kita sayangi inginkan kita mengikut kehendak mereka, jalan dakwah menghalanginya supaya mengikut caranya.
Jika kita ingin sekadar berteman dengan seseorang, jalan dakwah menyuruh kita menarik teman kita kejalannya.
Jika kita bekerjaya dan sayang kerjaya kita, jalan dakwah menarik kita suruh bekerja demi nya.
Begitulah jalan dakwah. Mempunyai paru parunya tersendiri yang di pam oleh kemampuan seseorang untuk menghadapi setiap risiko yang tidak dapat ditawar tawar sedikit pun oleh nafsu kita yang rakus.
Jalan dakwah tidak ada toleransi kerana
Jalan dakwah ingin mengubah mentaliti kita dari mencintai dunia dan bersifat ananiyah kepada mencintai akhirat. Mengajar kita untuk mengenal janji janji Allah yang ghaib. Untuk melihat keyakinan kita. Untuk melihat apakah jenis manusia kita ini?
Yang berteori dan bersifat munafik atau yang benar akan kata katanya!
Disinilah hikmah komunikasi kita dengan jalan dakwah. Kita berkata dan bercerita dengan jalan dakwah tentang diri kita dan kita sendirilah yang akan membuktikannya.
Susahkan jalan dakwah?

Memang tak semudah yang kita sebut atau kita bicarakan dalam halaqah.
Yang banyak mengajar kita erti pengorbanan. Erti ketaatan.
Jika salah satu cara dakwah ini kita engkar, pastinya kita gugur dari jalan ini atau sekurang kurangnya kita futur. Sebab itu kita lihat dipermulaan jalan ini ramai yang ingin bersama dan dipenghujungnya hanya tinggal beberapa kerat tubuh yang compang camping dan letih lesu, penat melawan dunia.
Permulaan yang jernih. Itulah muntalaq mengingatkan kita.
Mulai sekarang kita jangan merasa selesa dengan keadaan kita. Bangga dengan ujian yang sekelumit yang telah mampu kita hadapi ….
Apalah sangat ujian mengorbankan sedikit masa untuk usrah dan halakah. Sedikit mengantuk dan sedikit letih dengan program program yang kita anjurkan atau ujian infaq kita yang seadanya untuk mengadakan program program dakwah atau duit minyak mengisi kereta dibanding dengan ujian pejuang pejuang yang berjihad dijalan Allah mengorbankan segala galanya untuk deen ini …
Jika inilah muhasabah kita, sudah tentu kita makin bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini sampai hujungnya.
Istiqamah dan daya tahan itulah ulu hati kepada dakwah ini. Namun ada antara kita memang tiada daya tahan.
Ada yang kuat waktu student, futur setelah bekerja setelah menyedut dunia.
Ada yang bertahan setelah bekerjaya tapi futur setelah berumah tangga dan beranak pinak.
Begitulah lazimnya Jalan dakwah mempamirkan penghuni penghuni dijalannya.
Bukan senang untuk mencipta ‘rindu’ pada ilahi.
Bukan senang untuk mengapai Arasy’

Bukan senang untuk jadi pemberani.
Bukan senang untuk mendapat aura syurga yang redup dan hidup terus menerus mananti kita ….
Hanya yang punya karisma dan bergelombang jiwa dijalan ini sahaja yang mampu diiringi malaikat bersama sutera putih yang lembut dan lemun bertemu teman bidadarinya …

Sunday, January 17, 2010

choppp...

to:ssms

Daie harus sungguh-sungguh,sabar dlm meniti jalan dakwah ini.Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, keazaman yang lemah dan pengorbanan yg sedikit

~ustaz K.H Rahmat Abdullah

Tuesday, January 5, 2010

PFS Diary: Episode 2


5 Jan 2010

menapak jalan berliku

Bermula rutin harian baru. Memandangkan Jalan Masjid Negeri yg sangat sesak setiap pagi, ana keluar kul 7.00 pg..Masih Gelap..Di Saujana,banyak bilik2 yg masih gelap dan hanya lampu meja sudah terpasang..waktu dimana tangan x mampu untuk angkat selimut yg seberat 20 gram..hehe
Menuju ke PFS melalui jalan Bukit Gambir dan seterusnya Jalan Green Lane. Jalan sudah mula sesak, terutama di sekitar jalan masjid Negeri, pemandu pula sudah mula menunjukkan sikap b**d*p dan rushing ke destinasi masing2.. sangat menakutkan, tibe2 kenderaan menyelit dr arah yg kita xsempat jangka...berulang-ulang..hah,terpikir balik yg ana akan mghadapi situasi ini setiap pagi selama 15 minggu...hanya kesabaran dan keselamatan di minta dr Nya..
 Sampai di PFS, tunggu semua partner datang dan kemudian menuju ke pejabat sekolah.PFS team terdiri daripada Hong Keng(Chem/Phy), Nagathevi (Bio/Math),Wong(Phy/Math),myself(Chem/Bio), -Suriani(Geo/Eco), Amani dan Ana(ICT/Geo)...those kinda 1 Malaysia Team..haha.
pertama sekali menjejakkan kaki di sekolah yg dibina pd tahun 1816 tu..bangunan pula agak usang..berdasarkan sejarah,sekolah ini dulunya dijadikan kem tentera jepun!!..Interesting..
Kami menunggu pengetua di bilik mesyuarat...agak lama..tunggu...dan tunggu....dan pd ketika itu datang la seorang cikgu menghantar "tugasan" pertama kami..."sementara awak tunggu PK1, bleh tolong saya staple kan kertas ni?". Ketua kami,Hong Keng membuat muka..ai belum mengajar lg dah kena buli ke..hehe..
selepas beberapa ketika, kami masuk berjumpa pengetua, Hj. Ramli Din..Pandangan pertama ana mengatakan yg dia nampak cam mesra, tapi setelah berbincang dgn dia, seakannya dia seorang yg strict..ntahla, a lot of things to be treasured about him..guru-guru disini gak kelihatannya agak friendly. manakala students pula mcm2 ada,chinese, indian,malay,singh..mix pon ada..(mcm tomyam seafood)..ada yg lg besar, muka matang dr cikgu pon ade.
Then , kami dipertemukan dgn Cikgu Abd. Samad.. Ketua Bidang Sains dan Matematik..Dia la yg banyak memberi penerangan kpd kami dan membawa kami mengelilingi sekolah..kenalkan dgn PK KO, bilik guru disiplin,lab, dewan kuliah,kantin dan tidak lupa antara yg paling penting-tandas..bukan ape bg sekolah budak laki sahaja.ada tandas unisex, ada tandas guru perempuan shj..hurm~

"Here, You Cannot Expect Students will respect you 100%..or you akan stress..Be flexible. It is about the students generation. nowaday students,they are very different from the backward one".." Be Friendly but don't get over, so the limit is still there..

Here, ko-k is very important..since PFS pegang rekod on top dlm KO-K..cikgu2 nanti akan jadi sibuk luar biasa menguruskan setiap aktiviti termasuklah kami..terpikir2 nak join ape tuk ko-k ek?nak join gamelan la..haha..taekwando ke..protection against my students..
 Akhir sekali sblum balik, kami sempat jumpa pak guard@mamu. Mamu 2 sempat lg berpesan pd kami.."nt ajaq depa satgi, toksah dok melawak la..buat muka serius ja..kamu ni pompuan, kena ada blajaq karate ke apa,students lg besaq dr kamu"..haha. Begitulah..banyak benda sebenarnya nk citer tapi  rasenye cukupla  kot.nt kalo diizinkan Allah, ana kan citerkan suasana bilik kami " Bilik Guru Pelatih" ..pertama kali ditubuhkan..isolated from da teacher's room..how we will survive ??kurang interaksi dgn guru..

Honestly memang nervous dan merisaukan apa yg kami dapat tau dr sekolah ni hari ini..dalam hati hanya Allah shj yg tahu..risaukan expectation yg tinggi dr observer..risau dpt front class yg mother tongue nye English..even bahasa ibunda sendiri diorang xdapat cakap..risau di"main"kan oleh well-knowledgeable students that wanna to test us..Allah sedang memerhati, Allah sedang menguji..Allah lah yg Maha Berkuasa di ats segalanya..andai ini yg terbaik..bantulah kami untuk melaluinya..Bekalkan kami kesabaran di atas kesabaran..ketenangan..redha...

Dan Tuhanmu berfirman," Berdoalah kepadaku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu".Sesungguhnyaorang-orang yg sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina (AL-Mukmin: 60)

 Mohon Doanye dr andajuga :)

Insha Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2


Sunday, January 3, 2010

PFS (Penang Free School) Diary.

4 Jan 2010 10.45 pg

 Hari ini perlu ke PPIP  utk amik dokumen dan borang2 yg akan diserahkan kepada pihak pengetua..Dalam dokumen 2 semua ada.Jumlah waktu pengajaran , borang kehadiran and dot dot..kena beli buku rancangan pengajaran,tp out of stock lak..tadi masa pg  sana,jumpa kawan2 "lama"..dina n husna and da gang..tapi x sempat nak borak2 lebih coz diorang pon cbuk mengejar urusan tuk sekolah masing2..seronok la gak. Alhamdulillah..ana gak yg agak rileks since ketua yg offer diri dah amik dokumen 2 siap2..jadi yg tinggalnye adalah taklimat LM. After taklimat. kami akan meeting untuk ke sekolah dan berurusan dgn pihak sekolah.. bagaimana la nanti suasana nye ye?tunggu je la..

Bermulanya Episod Baru..



Tahun baru, azam baru..dan 1 lg ,episod hidup yg baru.Mungkin ramai yg sedia maklum yg sem ni ana da start LM@ Latihan mengajar..salah satu perkara yg paling nervous utk dihadapai namun ada gak terselit perasaan ingin tahu ape pengalaman yg akan dicedok di sepanjang Lm 2 nanti. Praktikal di Penang Free honestly bukan satu perasaan yg gembira utk dihadapi, tp ats persangkaan yg baik terhadap Allah yg Maha Bijaksana mengatur urusan hambanya, pasti ada sisi tarbiyah yg bermakna yg bakal ana dapat.hurm( sedang men"counter diri ni").mana taknya setiap kali ana bgitau sekolah apa yg ana dapat tuk praktikal, mesti responnye dapat meluluhkan hati..haha. Tapi skrg wat cam xtau je..Moga Allah Permudahkan..Mohon Doanye ye ukhti :)


Penang Free School