Sunday, January 24, 2010

di sebalik kesibukan...




sekadar copy paste dr link:
http://muharrikdaie.wordpress.com/2010/01/18/kau-selalu-dihatiku/#more-4427
syukran pd akhwat yg forward ya :p


Begitulah aku di jalan dakwah ini.

Terus terusan teruji.
Dengan hal peribadi.
Dengan Hati.
Dengan perasaan.

Dengan Harta
Dengan Kerja
Dengan Tarbiyah.
Dengan Adik2 dan anak binaanku
Dengan Jamaah yang inginkan keseluruhan hidupku.
Aku semakin matang!
Semua enigma tentang jalan ini terang bagi ku.
Bagai pelaut yang membaca bintang.
Memang sebenarnya Jalan dakwah ini kiranya kita intima’ dan takluki dengan sebenar benarnya, memang sukar untuk bertahan, kerana ia akan mengelegakkan jutaan perasaan hati kita.
Akan mengilukan dan menyedut segala galanya dalam hidup kita.
Memang kita akan runtuh!
Tapi kiranya kita bertahan hingga kehujungnya, barulah kita dapat menemukan potongan potongan mozaik hidup yang akan membuka ruang dalam hati kita untuk memahami zenit dan nadir yang dilalui oleh para nabi dan duat terdahulu!
Kerana itu, dijalan ini kita harus berasa optimis dengan apa yang kita lakukan. Sekalipun kita akan mengusap mata mata kita yang basah namun kita harus tetap tegar dan memegang prinsip bahawa dijalan ini hanya ada satu perasaan yang wujud …‘ duka’ …
…yang akan mengiringi kita sepanjang panjang nya ….
Jalan dakwah tidak membenarkan kita memilih.
Jika kita mencari harta dan menjadi kaya. Jalan dakwah akan memintanya.
Jika kita punya keinginan bersantai, jalan dakwah meminta masa kita.
Jika kita punya keluarga yang kita sayangi inginkan kita mengikut kehendak mereka, jalan dakwah menghalanginya supaya mengikut caranya.
Jika kita ingin sekadar berteman dengan seseorang, jalan dakwah menyuruh kita menarik teman kita kejalannya.
Jika kita bekerjaya dan sayang kerjaya kita, jalan dakwah menarik kita suruh bekerja demi nya.
Begitulah jalan dakwah. Mempunyai paru parunya tersendiri yang di pam oleh kemampuan seseorang untuk menghadapi setiap risiko yang tidak dapat ditawar tawar sedikit pun oleh nafsu kita yang rakus.
Jalan dakwah tidak ada toleransi kerana
Jalan dakwah ingin mengubah mentaliti kita dari mencintai dunia dan bersifat ananiyah kepada mencintai akhirat. Mengajar kita untuk mengenal janji janji Allah yang ghaib. Untuk melihat keyakinan kita. Untuk melihat apakah jenis manusia kita ini?
Yang berteori dan bersifat munafik atau yang benar akan kata katanya!
Disinilah hikmah komunikasi kita dengan jalan dakwah. Kita berkata dan bercerita dengan jalan dakwah tentang diri kita dan kita sendirilah yang akan membuktikannya.
Susahkan jalan dakwah?

Memang tak semudah yang kita sebut atau kita bicarakan dalam halaqah.
Yang banyak mengajar kita erti pengorbanan. Erti ketaatan.
Jika salah satu cara dakwah ini kita engkar, pastinya kita gugur dari jalan ini atau sekurang kurangnya kita futur. Sebab itu kita lihat dipermulaan jalan ini ramai yang ingin bersama dan dipenghujungnya hanya tinggal beberapa kerat tubuh yang compang camping dan letih lesu, penat melawan dunia.
Permulaan yang jernih. Itulah muntalaq mengingatkan kita.
Mulai sekarang kita jangan merasa selesa dengan keadaan kita. Bangga dengan ujian yang sekelumit yang telah mampu kita hadapi ….
Apalah sangat ujian mengorbankan sedikit masa untuk usrah dan halakah. Sedikit mengantuk dan sedikit letih dengan program program yang kita anjurkan atau ujian infaq kita yang seadanya untuk mengadakan program program dakwah atau duit minyak mengisi kereta dibanding dengan ujian pejuang pejuang yang berjihad dijalan Allah mengorbankan segala galanya untuk deen ini …
Jika inilah muhasabah kita, sudah tentu kita makin bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini sampai hujungnya.
Istiqamah dan daya tahan itulah ulu hati kepada dakwah ini. Namun ada antara kita memang tiada daya tahan.
Ada yang kuat waktu student, futur setelah bekerja setelah menyedut dunia.
Ada yang bertahan setelah bekerjaya tapi futur setelah berumah tangga dan beranak pinak.
Begitulah lazimnya Jalan dakwah mempamirkan penghuni penghuni dijalannya.
Bukan senang untuk mencipta ‘rindu’ pada ilahi.
Bukan senang untuk mengapai Arasy’

Bukan senang untuk jadi pemberani.
Bukan senang untuk mendapat aura syurga yang redup dan hidup terus menerus mananti kita ….
Hanya yang punya karisma dan bergelombang jiwa dijalan ini sahaja yang mampu diiringi malaikat bersama sutera putih yang lembut dan lemun bertemu teman bidadarinya …

No comments:

Post a Comment