Sunday, February 7, 2010

Task ustaz: faktor kemunduran umat islam

 Sebab2 kemunduran umat islam

Kita semua menyedari bahawa situasi umat Islam sekarang ini sangat mendukacitakan. Terlalu banyak masalah dan penyakit yang dihidapi oleh jasad sebahagian besar umat Islam bahkan boleh dikata sampai ketahap kritikal. Memerlukan pisau bedah yang tajam dan analisis yang mendalam untuk mencari penyelesaian agar umat Islam dapat keluar dari kemunduran dan krisis-krisis yang melandanya. Namun dari semua analisa pakar-pakar ulama` menuju kesatu arah iaitu kurangnya atau hilangnya komitmen umat Islam untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam itu sendiri. Betullah apa yang dikatakan Imam Malik ,yang ertinya "Tidak akan berjaya akhir dari umat ini melainkan dengan apa yang dipegang (dijalankan) oleh generasi pertama".
Kalau kita memperkatakan umat Islam itu bererti dengan segala kemampuannya baik bersifat perseorangan, organisasi, institusi, masyarakat muslim dsb. Untuk itu kalau kita hendak mengulas panjang lebar tentu akan menjadi buku tersendiri, tetapi kerana tulisan ini hanyalah sebuah artikel, tentunya akan disampaikan sesuai dengan ruangan ini. Di sini akan diungkapkan titik kelemahannya sahaja semoga akan bermanfaat kepada kita semua.

Lemah dalam pemahaman Islam
Kelemahan dimaksud adalah terletak dalam cara memahami Islam itu sendiri, sehingga mengakibatkan lahirnya pemikiran atau ajaran yang mengelirukan yang dinakkodai oleh hawa nafsu, kepentingan tertentu politik dsb.
Dimasa lalu umat Islam tidak berbeza dalam masalah aqidah kerana itu yang pokok, tetapi perbezaan dalam masalah furu`(hukum tentang kewajiban agama yang tidak pokok yang di jabarkan (bersumber) dari hukum dasar). Namun sekarang perbezaan itu sudah merampas atau merosak aqidah yang mengakibatkan lahirnya kelompok-kelompok yang bersembarangan atau mengambil mudah dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dengan para sahabatnya, seperti Ahmadiyah, Syiah, LDII dll.

Lemah dalam mempraktik Islam
Kalaulah kita merasa tidak kurangnya bilangan orang berilmu baik dikalangan ahli akademik maupun dikalangan masyarakat umum. Tetapi kita akan merasa fakir menemukan tokoh-tokoh Islam yang betul-betul mengaplikasikan Islam apalagi masyarakat awam. Untuk itu perlu contoh yang konkrit untuk mempraktikkan Islam, tidak cukup hanya ucapan dan kajian ilmiah saja.

Lemah dalam membangun kekuatan ekonomi
Betapa lemahnya sesuatu umat atau kaum itu tanpa disokong dengan kekuatan ekonomi yang kukuh. Jika kita lemah dari aspek ini maka mudah sahaja umat itu "dibeli", seperti yang kita alami sekarang. Justru apa yang terjadi adalah umat Islam terjerumus oleh permainan riba dengan sistem kapitalis. Maka sistem ekonomi kita harus kita bangun atas dasar Islam.

Lemah dalam persatuan
Persatuan adalah idaman setiap muslim tetapi bagaimana merealisasikannya, ini yang menemui jalan buntu. Sudah banyak usaha dilakukan untuk menubuhkan pelbagai persatuan tetapi banyak yang kandas ditengah jalan atau kalau pun berhasil, dalam masa yang sama lebih banyak bersifat kepura-puraan dan temporal(hal-hal duniawi). Masalahnya mereka mengendalikan persatuan dengan konsep yang tidak jelas. Bahawa Allah S.W.T berfirman yang ertinya "Ini adalah umat yang satu dan Aku (Allah S.W.T) adalah Tuhanmu, maka beribadahlah kepada-Ku." Sehingga syarat utama persatuan itu adalah membangun di atas Tauhid. Sebagaimana bangsa-bangsa Eropah mereka bersatu atas dasar kekafiran.

Lemah dalam politik
Untuk membangun politik Islam tidak cukup hanya dengan bergantung kepada aspek perekonomian semata dan landasan yang tidak Islami seperti demokrasi dan semacamnya. Tetapi hendaklah berlandaskan Islam secara murni. Seperti Firman Allah S.W.T yang ertinya "Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk melaksanakan amanat-amanat kepada yang berhak dan apabila kalian berhukum antara manusia, hendaknya kalian berhukum secara adil" Dan mustahil kita mencapai keadilan kalau kita tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T tetapi terus mengamalkan buatan manusia. Ibnu Taimiyyah menyebutkan dua syarat bagi seorang pemimpin politik iaitu kuat dan jujur. Kuat dalam pemahaman Islam dan kuat dalam pelaksanaannya. Kedua adalah jujur yang didasarkan akan rasa takut kepada Allah S.W.T

Lemah dalam pendidikan
Sejak zaman penjajahan lagi sengaja sistem pendidikan umat Islam dipinggirkan agar mereka tidak kritis. Makanya, pendidikan yang ada hanya sampai keperingkat sekolah menengah sahaja. Pengajian peringkat tinggi amat terhad dan hanya golongan tertentu sahaja yang berkemampuan mengikutinya.

Lemah dalam membangun peradaban
Peradaban adalah hasil dari daya, cipta dan kehendak manusia yang dikembangkan berdasarkan kemajuan sains dan teknologi baik yang berupa fizik maupun bukan fizik. Dalam hal ini umat Islam tertinggal jauh dari peradaban lain. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor diantaranya penjajahan yang berpanjangan, pembodohan secara sistematik, kediktatoran pihak pemerintahan dan lemahnya perhatian yang diakibatkan oleh pandangan yang cetek serta ketidakmampuan berfikir pada tahap tinggi atau kritis. Selain itu juga tahap kemalasan yang tinggi disebabkan oleh perasaan cepat puas sehingga usaha yang dilakukan tidak pada tahap maksima. Sebagai contoh, bagaimana orang Jepun bekerja setiap hari lebih dari 10 jam dan orang Amerika dan Eropa lebih dari 9 jam, sedangkan kita maksimal 8 jam itupun banyak yang menyeleweng dan berlaku rasuah. Sehingga infrastruktur asas menjadi kurang baik, teknologi tinggi tidak berjalan lancar dan alat pengangkutan serta komunikasi terbelakang. Oleh sebab itu hampir seluruh negara Islam termasuk negara dunia ke III menjadi terbelakang. Sementara hutang negara menjadi semakin meningkat.

Lemah dalam membangun masyarakat madani
Istilah masyarakat madani banyak diperkatakan pada akhir-akhir ini. Bagi kalangan sekular menafsir madani dengan erti masyarakat yang berperadaban. Sementara kalangan Islam memahami masyarakat yang bersimbol masyarakat madinah yang di bangun oleh Rasulullah S.A.W. dalam pengertian masyarakat yang berpegang berdasarkan norma-norma Islam. Sedangkan kenyataannya masyarakat kita sungguh membimbangkan. Banyak yang mempraktikkan norma-norma jahiliyah. Seperti semaraknya pada masyarakat kita mengadakan hari ulang tahun atau memperingati Tahun Baru padahal itu merayakan budaya bukan Islam. Warga kaya dan muslim kurang kegotong royong dalam membasmi keruntuhan moral dan kemaksiatan dan kecenderungan kepada materialistik.

Terlalu mencintai dunia
Titik kelemahan umat yang sempat disampaikan oleh Nabi S.A.W adalah yang ertinya "Hampir-hampir saja bangsa-bangsa mengerumuni kalian, sebagai mana orang-orang menyambuti hidangan makanan." ditanyakan "Apakah kita waktu itu sedikit wahai Rasulullah?" Beliau menjawab. "Bahkan kalian ramai, tetapi kalian seperti buih lautan. (pada saat itu) Allah mengangkat dari hati musuh-musuh rasa takut kepada kalian dan Allah melemparkan wahn pada hati kalian". Mereka bertanya "apa itu wahn wahai Rasulullah ?" Beliau menjawab "cinta dunia dan takut mati ". (H.R Ahmad dan Abu Dawud).
Demikianlah realiti umat kita, lebih mencintai dunia daripada akhirat, akibatnya mereka takut mati dan menghindar dari perjuangan menegakkan kalimat Allah S.W.T.

Lemah dibidang kekuatan (ketenteraan)
Al Qur`an jelas memerintahkan kita untuk mempersiapkan kekuatan ( lihat Q.S Al-Anfal:60) dan Rasulullah S.a.w menyuruh orang tua agar mengajarkan anak-anak mereka berenang dan memanah agar badan mereka sihat. Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah.

Penutup:
Tidaklah lengkap kalau kita hanya memperkatakan permasalahan umat tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Secara ringkas ada lima (5) perkara untuk kebangkitan umat Islam iaitu:
1. Keadilan penguasa atau pemerintah.
2. Peranan aktif para ulama` dan intelektual muslim.
3. Sumbangan para pengusaha atau koprat.
4. Doa dari orang-orang yang soleh.
5. Kesabaran para warga miskin.

Rujukan:
1. Mengapa kaum muslimin mundur/ Al-Amir Syakib Arsalan, Bulan Bintang Jakarta, cet.5,1985.
2. Pasang surut gerakan Islam/ Yusuf Qudhawi, media da`wah, cet.I,1407/1987
3. "Apa kerugian dunia bila umat Islam mundur" karangan Abul Hasan Al Nadawi Al Nuarif, Bandung, cet.II,1988
4. An-Nasr alquwwa fil Islam karangan Sayid Sabiq, Darul Kitab Arabi, Bairut cet.II,1398H/1978

Sumber: Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia http://www.alislam.or.id
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.

No comments:

Post a Comment