Saturday, November 7, 2009

the colors of family

Di suatu pagi, aku mendapat msg ucapan selamat hari terjadi dr ummu Khaliff..Lantas aku membalasnya dengan menanyakan ttg perkembangan anak-anak.

“ Alhamdulillah semua ok. Ujian Allah datang dari bentuk yg pelbagai. Kadang2 ibubapa ni x sempat nak fikir, anak-anak jadi mangsa dan orang lain pula amik kesempatan. So kena pandai handle sendiri la kan…?” Pesanan untuk diri sendiri jet u.

Aku sebenarnya dah dapat agak apa yang tersirat dalam msg nye, Cuma xnak menambahkan kekeruhan dan menambahkan lagi cili dalam sambal belacan yg tersedia. Jadi aku rasa perlu ada satu kata-kata positif yg perlu diutarakan. Aku kemudian memikirkan ini adalah ada ruang untuk dakwah keluarga!!.

“Kena banyak doa, kak.Doa ibu sangat mujarab.Moga anak2 sentiasa dilindungi oleh Allah, terpelihara hingga ke hari kematian kita.

Serius!, aku x pernah msg kata2 macam ni pada kakak2 ini apatah lagi kalo ianya berbentuk lisan. Selama ini komunikasi kami bersifat kegembiraan sahaja. Ntah mcm mna pg tu aku berani tuk reply those kinda msg.

Risau takut msg ini berbentuk nasihat dr ku yg kurang pengalaman kepada seseorang yg lagi tua ni, lantas aku menambahkan satu ayat di hujung msg:-

“Msg ini berbaur sharing, it is not advicing”.

“Advice pon ape salahnye..sape lagi nak tegur kalo bukan sesama kite?!

Waaaa, terkejut dpt msg ini. Ini peluang Allah bagi untuk ku sampaikan padanya apa yg selama ini aku simpan dan x berani nk sampaikan..
Selama ini aku memikirkan sejauh mana aku sudah mendakwahi keluarga. At least kita menjadi manusia yg ‘sunat’ dalam kehidupan family kita. Melihatkan ujian Allah yg pelbagai ke atas keluarga menjadikan ku berfikir bahawa aku tidak mahu menjadi org yg hanya meratapi kenapa ia terjadi, atau sentiasa perlukan seseorang untuk ku share itu dan ini, hanya berdoa di atas sejadah untuk Allah memberkati keluargaku. Keluarga ku bukan sempurna untuk aku selesa dan tidak berbuat apa-apa. Tidak pula selamat untuk hanya mengandalkan kelegaan ku berasa selesa di jalan tarbiyah ini sorang-sorang. Tidak pula kami ini termasuk golongan yg dijamin syurga untuk aku lemah dan putus asa.
Aku perlu buat sesuatu!!!!walaupun sekelumit kuman, walaupun satu per seribu km perjalanan kearah daerah kebaikan.

“ Wahai orang-orang yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selal mengerjakan apa yg diperintahkan.”

(At-Tahrim: 6)

No comments:

Post a Comment