Thursday, May 13, 2010

Mengutip permata tarbiyyah part 2

Selepas meredah kesibukan di Gurney, kami menuju ke pasar Malam Batu Fringgi yg terletak lebih kurang 15 km dari gurney tersebut. Pasar Malam yg merupakan antara pasar malam yg terpanjang ini terletak berhampiran kawasan perlancongan, Pantai Batu Feringgi dan kebanyakkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara..Menariknya pasar mlm ini,ia bukan seperti pasar malam yg kebiasaannya menjual makanan dan pakaian, tp sebahagian besarnya mereka menjual kraftangan, lampu hiasan, cenderahati,cd-cd lama,pakaian, beg yg jarang dijumpai d tempat lain. Disebabkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara@pelancong, harga-harga barangan tersebut tidakla sebegitu murah.


Namun sebenarnya di sudut hati sya, ada 1 gerai yg sya ingin pergi sepertimana gerai inilah yg saya jumpai ketika kunjungan yg pertama dulu.
Selepas meninjau2 barangan yg menarik, kakak saya membeli 1 set lampu hiasan yg cantik sebagai hadiah utk kawannya yg bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.Lampu itu sangat menarik hati saya, terdiri dr lampu kelip2 yg dimasukkan dalam gelung2 rotan yang berwarna -warni(pelangi)..ahh nantilah beli nanti(bila da ade rumah sendiri..hehe)
dan di pengakhiran perjalanan kami meninjau barangan di pasar malam yg panjang itu, kami menuju ke gerai yg memang sebelum kami pgi lg, kami sudah berniat untuk kesana,gerai yg dimiliki oleh seorang pakcik yang kami panggilnya sebagai pakcik Yasin dan juga Brother Samsuddin..Gerai mereka merupakan gerai tunggal yg menjalankan "perniagaan " ini..Jual ape ye??

FREE BOOKS FOR FREE KNOWLEDGE sir,!!
Gerai ini adalah gerai yang meletakkan buku-buku agama,kebanyakan bukunya adalah buku yang mengajak pengunjung mengenali islam..dan ianya trdapat dalam pelbagai versi bahasa iaitu versi tamil, chinese, jepun,english dan lain-lain berikutan melihat kepada background pengunjung ke pasar malam tersebut.
Jadi setiap kali pengunjung melalui gerai mereka, mereka akan mengajak mereka mengambil buku-buku yg diletakkan di ats meja..Kebiasaanya mereka akan mempromosikan dengan ucapan "Free Books for free knowledge".knowledge is ur friend".
Ini kunjungan kali kedua saya, dalam kunjungan pertama, mereka banyak berkongsi tentang kejadian alam, bukti penciptaan tuhan, where is Allah, asalnya kejadian besi dalam surah Al-hadid dgn disokong dalil2 Al-quran. Perkongsian yg santai..
Manakala kunjungan kedua lain pula istimewanya..Mereka masih lagi mengenal kami.Kami diberi kaset2 ceramah dari org yg baru memeluk islam serta kami diajak oleh mereka untuk sama-sama mengajak pengunjung yg lalu lalang untuk mengambil buku2 serta mengedarkan pamplet ttg islam.mula-mulanya kami agak keberatan,dan hanya suara rendah yg digunakan untuk mengajak org membaca buku,
" Free book for free knowledge sir"
tp lama kelamaan kami berani untuk mengedarkan pamplet..seronok rasanya apabila pamplet disambut oleh seorang perempuan dari jepun dan dia terus pergi, ada gak yg tidak mengendahkan pamlet tersebut..dapat merasa pengalaman dakwah ditolak..hehe.pengalaman berharga.Seterusnya ade seorang mat saleh dan isterinya menyinggah di gerai mereka lalu mengatakan " i can't read all these since i am katholic, dia menambah lg "there is no judgement day in dis world". Pakcik yasin dan bro Samsuddin tenang mengambil peluang utk menunjukkan bukti2 bahawa adanya hari kiamat, manun mat saleh tadi tidak mempedulikan, dan Bro samsudin menambah bahawa "even jesus cannot predict when the judgement day since he is not god",even muhammad also can't. Mereka juga menceritakan kepada kami terdapatnya gerakan missionary di penang yg memancing umat islam dgn makanan dan kewangan untuk meninggalkan islam. Kami juga diberitahu bahwa sebelum kehadiran kami ,kira-kira sejam sbelum itu..terdapat sekumpulan mat saleh yg berminat dgn islam selepas mereka menceritakan ttg islam
Subhanallah...Terlalu banyak untuk diceritakan sebenarnya pengalaman berada di gerai tersebut. yang pasti, saya merasa sgt bersyukur dipertemukan dengan mereka. Ternyata dalam sinaran lampu-lampu hotel di sekeliling serta deretan-deretan kedai yg berlabelkan Carlsberg, tiger..masih ada insan yang memikul tanggungjawab menyelamatkan ummat, membawa golongan gelap kafirun kepada cahaya islam walaupun kadang-kadang dakwah mereka tidak diendahkan oleh org yg lalu-lalang termasuklah dari org melayu yg "sudah" islam..pengalaman ini akan menjadi antara pengalaman termahal dlm episod2 kehidupan saya sebagai seorang hamba.

Mengapa saya bercerita ttg semua ini?mengapa sya perlu menceritakan kesemua ini? Dari Queensbay ke Batu Feringgi jauhnya?walaupun pada asalnya niat saya berjalan-jalan satu hari suntuk ini tidaklah diluruskan untuk kebaikan semata-mata,saya hanya seronok2..tapi inilah tarbiyyah Allah,saya mengira kita perlu turun padang untuk melihat ummat, kita bukannya perlu selesa dlm persekitaran yg selamat, persekitaran yg secured,kerana sampai bila2 kita akan merasa ummat ini tidak bermasalah, ummat islam tidak berpenyakit. Dari Queensbay ke Batu Feringgi, sungguh sangat banyak permata-permata tarbiyyah yg dapat dikutip.Sengaja Allah mencaturkannya sebagai satu iktibar buat diri ana dan insan-insan lain harapnya.Menjentik satu kesedaran bahawa ada insan yg menginfaqkan harta dan masanya untuk berdakwah di jalan Allah.Moga Allah mengira perjalanan saya sebagai satu peluang menambahkan pahala.Amin

No comments:

Post a Comment