Monday, May 3, 2010

sudah tiba masanya..


Salam..rasanya sudah lama tidak menulis selain banyak mghabiskan masa di fb sehinggakan terlupa tuk update blog yg sudah lama dijadikan medan untuk menulis diari dan menulis untuk diri sendiri..post terakhir saya adalah berkisar mengenai pengalaman dan permata-permata tarbiyyah yang dapt dikutip di pfs(penang free school)..Walaubagaimanapun dah seminggu berlalu, kenangan pfs  sudah tersimpan kemas dalam disket memory..Pengalaman itu sudah berlalu dan ALhamdullillah, saya Berjaya melepasi Latihan Mengajar dengan baik..
Ingin rasanye berkongsi pelbagai cerita walaupun sekarang rutin hidup tidak terlalu busy sepertimana ketika waktu Lm yg dulu. Sekarang bleh dikatakan status menganggur,status yang kalo xdapat ditangani dengan baik,mampu menjurus kepada perkara-perkara yg tidak baik seperti membuang masa atau tensen dgn diri sendiri.Tension kerana menganggur.
Alhamdulillah sya mendapat tawaran tuisyen di PFS dan di USM,sedikit sebanyak merasa keberadaan di USM masih bersebab dan diri boleh melakukan sesuatu yang berfaedah..Sayang sebenarnya meninggalkan USM.. Manakan tidak ,ini adalah Tempat permulaan,tempat sentuhan tarbiyyah, tempat yg mengajar erti pengorbanan, erti ketenangan dan byk kenangan yg terselit bersama. Kesemua pengalaman itu akan dibawa bersama ke destinasi seterusnya(masih pening memikirkan tempat terbaik untuk mencampakkan diri..)
“sekarang baru tahu perasaannya dah nak grad”, usik kawan yg dah grad
“Welcome to my club”kata seorang rakan yg sudah grad
Bahang kepayahan sudah pun terasa. Kaki pula amat sukar untuk mengorak langkah kearah yg mana..Keluar dari kepompong yg selesa di USM perlukan satu mujahadah yg kuat beserta kefahaman yg teguh.Adakah diri belum bersedia menempuh perubahan zaman? Zaman belajar kealam pekerjaan mahupun ke alam yg lain yg lebih mendewasakan diri. Menempuh kesukaran terutama dari segi kewangan walaupun tiada jalan dirasakan terang bersuluh. .Hal ini sungguh Menuntut diri supaya lebih matang dalam berfikir dan bertindak. hey wake up!!
“Ya ALLAH, bERikanlah yang terBAIK dariMu BUKAN dari kami”

p/s: Kawan yang dah nak grad dan yg sudah grad dialukan memberi  komentar     =)

1 comment:

  1. terima kasih pd akhwatfillah yg sudi bertanya khabar~
    missing da good old days too..

    ReplyDelete