Sunday, May 30, 2010

ayo refleksi

mencari punca bertahan..kerna apa..untuk siapa...

am i cruise to nowhere

hoping that i'm not~

bukankah syurga itu dipagari kesusahan?

Ya Allah..kukuhkanlah langkah kami bersama kafilah ini..

walau dosa kami sebesar gunung, sungguh rahmat Mu melangit luas..mengatasi segalanya
30 May 2010.0347 am

Thursday, May 13, 2010

Mengutip permata tarbiyyah part 2

Selepas meredah kesibukan di Gurney, kami menuju ke pasar Malam Batu Fringgi yg terletak lebih kurang 15 km dari gurney tersebut. Pasar Malam yg merupakan antara pasar malam yg terpanjang ini terletak berhampiran kawasan perlancongan, Pantai Batu Feringgi dan kebanyakkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara..Menariknya pasar mlm ini,ia bukan seperti pasar malam yg kebiasaannya menjual makanan dan pakaian, tp sebahagian besarnya mereka menjual kraftangan, lampu hiasan, cenderahati,cd-cd lama,pakaian, beg yg jarang dijumpai d tempat lain. Disebabkan pengunjungnya adalah dari pelbagai negara@pelancong, harga-harga barangan tersebut tidakla sebegitu murah.


Namun sebenarnya di sudut hati sya, ada 1 gerai yg sya ingin pergi sepertimana gerai inilah yg saya jumpai ketika kunjungan yg pertama dulu.
Selepas meninjau2 barangan yg menarik, kakak saya membeli 1 set lampu hiasan yg cantik sebagai hadiah utk kawannya yg bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.Lampu itu sangat menarik hati saya, terdiri dr lampu kelip2 yg dimasukkan dalam gelung2 rotan yang berwarna -warni(pelangi)..ahh nantilah beli nanti(bila da ade rumah sendiri..hehe)
dan di pengakhiran perjalanan kami meninjau barangan di pasar malam yg panjang itu, kami menuju ke gerai yg memang sebelum kami pgi lg, kami sudah berniat untuk kesana,gerai yg dimiliki oleh seorang pakcik yang kami panggilnya sebagai pakcik Yasin dan juga Brother Samsuddin..Gerai mereka merupakan gerai tunggal yg menjalankan "perniagaan " ini..Jual ape ye??

FREE BOOKS FOR FREE KNOWLEDGE sir,!!
Gerai ini adalah gerai yang meletakkan buku-buku agama,kebanyakan bukunya adalah buku yang mengajak pengunjung mengenali islam..dan ianya trdapat dalam pelbagai versi bahasa iaitu versi tamil, chinese, jepun,english dan lain-lain berikutan melihat kepada background pengunjung ke pasar malam tersebut.
Jadi setiap kali pengunjung melalui gerai mereka, mereka akan mengajak mereka mengambil buku-buku yg diletakkan di ats meja..Kebiasaanya mereka akan mempromosikan dengan ucapan "Free Books for free knowledge".knowledge is ur friend".
Ini kunjungan kali kedua saya, dalam kunjungan pertama, mereka banyak berkongsi tentang kejadian alam, bukti penciptaan tuhan, where is Allah, asalnya kejadian besi dalam surah Al-hadid dgn disokong dalil2 Al-quran. Perkongsian yg santai..
Manakala kunjungan kedua lain pula istimewanya..Mereka masih lagi mengenal kami.Kami diberi kaset2 ceramah dari org yg baru memeluk islam serta kami diajak oleh mereka untuk sama-sama mengajak pengunjung yg lalu lalang untuk mengambil buku2 serta mengedarkan pamplet ttg islam.mula-mulanya kami agak keberatan,dan hanya suara rendah yg digunakan untuk mengajak org membaca buku,
" Free book for free knowledge sir"
tp lama kelamaan kami berani untuk mengedarkan pamplet..seronok rasanya apabila pamplet disambut oleh seorang perempuan dari jepun dan dia terus pergi, ada gak yg tidak mengendahkan pamlet tersebut..dapat merasa pengalaman dakwah ditolak..hehe.pengalaman berharga.Seterusnya ade seorang mat saleh dan isterinya menyinggah di gerai mereka lalu mengatakan " i can't read all these since i am katholic, dia menambah lg "there is no judgement day in dis world". Pakcik yasin dan bro Samsuddin tenang mengambil peluang utk menunjukkan bukti2 bahawa adanya hari kiamat, manun mat saleh tadi tidak mempedulikan, dan Bro samsudin menambah bahawa "even jesus cannot predict when the judgement day since he is not god",even muhammad also can't. Mereka juga menceritakan kepada kami terdapatnya gerakan missionary di penang yg memancing umat islam dgn makanan dan kewangan untuk meninggalkan islam. Kami juga diberitahu bahwa sebelum kehadiran kami ,kira-kira sejam sbelum itu..terdapat sekumpulan mat saleh yg berminat dgn islam selepas mereka menceritakan ttg islam
Subhanallah...Terlalu banyak untuk diceritakan sebenarnya pengalaman berada di gerai tersebut. yang pasti, saya merasa sgt bersyukur dipertemukan dengan mereka. Ternyata dalam sinaran lampu-lampu hotel di sekeliling serta deretan-deretan kedai yg berlabelkan Carlsberg, tiger..masih ada insan yang memikul tanggungjawab menyelamatkan ummat, membawa golongan gelap kafirun kepada cahaya islam walaupun kadang-kadang dakwah mereka tidak diendahkan oleh org yg lalu-lalang termasuklah dari org melayu yg "sudah" islam..pengalaman ini akan menjadi antara pengalaman termahal dlm episod2 kehidupan saya sebagai seorang hamba.

Mengapa saya bercerita ttg semua ini?mengapa sya perlu menceritakan kesemua ini? Dari Queensbay ke Batu Feringgi jauhnya?walaupun pada asalnya niat saya berjalan-jalan satu hari suntuk ini tidaklah diluruskan untuk kebaikan semata-mata,saya hanya seronok2..tapi inilah tarbiyyah Allah,saya mengira kita perlu turun padang untuk melihat ummat, kita bukannya perlu selesa dlm persekitaran yg selamat, persekitaran yg secured,kerana sampai bila2 kita akan merasa ummat ini tidak bermasalah, ummat islam tidak berpenyakit. Dari Queensbay ke Batu Feringgi, sungguh sangat banyak permata-permata tarbiyyah yg dapat dikutip.Sengaja Allah mencaturkannya sebagai satu iktibar buat diri ana dan insan-insan lain harapnya.Menjentik satu kesedaran bahawa ada insan yg menginfaqkan harta dan masanya untuk berdakwah di jalan Allah.Moga Allah mengira perjalanan saya sebagai satu peluang menambahkan pahala.Amin

Tuesday, May 4, 2010

Mengutip permata tarbiyyah part 1

Baru-baru ini menerima kunjungan kakak yg datang dari sungai petani..lalu mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. cadangnye nak g Queensbay Mall---Gurney Plaza---pASAR malam bt feringgi..hehe dasyat x dashyat punya kaki nak berjalan-jalan.Jadi tepat kul 11 am bersama ngan k.yaya, kami menuju ke Queensbay Mall..tujuannya sekadar menyinggah di Boarders untuk melihat buku2 yg menarik serta mnyantap makanan di sana..Sampai d Boarders, kami menuju ke rak-rak buku yg tertarik di hati..suasana di situ sangat menarik dengan ramai pembaca yg kebanyakkan chinese mengambil peluang membaca dimana ianya dibenarkan walaupun tidak harus membelinya..tercari-cari mana remaja/individu2 muslim dan melayu..ana tertarik pada satu buku; ANDA BERTAnYA TENTANG ISLAM DAN KAMI MENJAWABNYA..Lupa plak siapa penulisnye tapi isi kandungannya amat menarik terutama bagi mereka yang mula nak mengenali islam mahupun diri sendiri yanG masih tersangat la banyaknya sisi kejahilan tentang islam..tapi tgk2 harga mcm x memungkinkan untuk membelinya sekarang..buku tu diletakkan balik dengan perlahan sambil berharap ia kekal lama untuk ana dtg balik bila da ade duit nanti..haha..kami kemudian pergi meninjau ke tempat2 lain..makan...solat..jalan2 lg..pukul 4 lebih,kami kelur dr Queensbay menuju ke destinasi seterusnya: Gurney!!
singgah kejap di masjid usm untuk solat..then menuju ke gurney..


sesampai di Gurney pukul 5 lebih..keadaan di kawasan Gurney sangat la sesak sehinggakan kami da hampir putus asa untuk berhenti di situ..tapi demi satu misi: Big Apple Donut..akhirnya pukul 6 lebih baru dpt park kereta di tempat yg mgkin tak terpikir langsung untuk diletakkan kereta kt situ...kami masuk lalu mencari2 dimana big apple tu..meninjau jgak tahap sosial masyarakat di dalm gurney tu..pada pandangan ana, mereka mereka itu lebih "moden" dr yg dijumpai di dalam Queensbay..



setelah membeli donut, kami terus keluar, namun apabila melalui satu wing gurney, alangkah terkejut ana melihat poster sebuah syarikat pakaian Jeans(kalo x silap)..terpapar sepasang model lelaki dan perempuan di atas pasir berpelukan dengan perempuan itu separuh berbogel(hanya pakai seluar jeans keluaran syarikat tersebut"..dlm keadaan yg sangat memalukan(xperlu detailkan lg)..ana beristighfar seolah-olah tidak percaya ia ditayang ditempat awam..tetibe air mata nk menitis keluar..sedih..itu yg mampu dilakukan,,tidak mampu pula nk memecahkan poster tersebut..ana membayangkan hati-hati remaja lelaki yg melihat poster tersebut..Patutla sesetengah dr mereka begitu susah untuk mghormati guru serta berkelakuan tidak senonoh, tidak mustahil ini adalah penyebabnya..hati keras..hati tercemar..


to be continue..part 2

Monday, May 3, 2010

sudah tiba masanya..


Salam..rasanya sudah lama tidak menulis selain banyak mghabiskan masa di fb sehinggakan terlupa tuk update blog yg sudah lama dijadikan medan untuk menulis diari dan menulis untuk diri sendiri..post terakhir saya adalah berkisar mengenai pengalaman dan permata-permata tarbiyyah yang dapt dikutip di pfs(penang free school)..Walaubagaimanapun dah seminggu berlalu, kenangan pfs  sudah tersimpan kemas dalam disket memory..Pengalaman itu sudah berlalu dan ALhamdullillah, saya Berjaya melepasi Latihan Mengajar dengan baik..
Ingin rasanye berkongsi pelbagai cerita walaupun sekarang rutin hidup tidak terlalu busy sepertimana ketika waktu Lm yg dulu. Sekarang bleh dikatakan status menganggur,status yang kalo xdapat ditangani dengan baik,mampu menjurus kepada perkara-perkara yg tidak baik seperti membuang masa atau tensen dgn diri sendiri.Tension kerana menganggur.
Alhamdulillah sya mendapat tawaran tuisyen di PFS dan di USM,sedikit sebanyak merasa keberadaan di USM masih bersebab dan diri boleh melakukan sesuatu yang berfaedah..Sayang sebenarnya meninggalkan USM.. Manakan tidak ,ini adalah Tempat permulaan,tempat sentuhan tarbiyyah, tempat yg mengajar erti pengorbanan, erti ketenangan dan byk kenangan yg terselit bersama. Kesemua pengalaman itu akan dibawa bersama ke destinasi seterusnya(masih pening memikirkan tempat terbaik untuk mencampakkan diri..)
“sekarang baru tahu perasaannya dah nak grad”, usik kawan yg dah grad
“Welcome to my club”kata seorang rakan yg sudah grad
Bahang kepayahan sudah pun terasa. Kaki pula amat sukar untuk mengorak langkah kearah yg mana..Keluar dari kepompong yg selesa di USM perlukan satu mujahadah yg kuat beserta kefahaman yg teguh.Adakah diri belum bersedia menempuh perubahan zaman? Zaman belajar kealam pekerjaan mahupun ke alam yg lain yg lebih mendewasakan diri. Menempuh kesukaran terutama dari segi kewangan walaupun tiada jalan dirasakan terang bersuluh. .Hal ini sungguh Menuntut diri supaya lebih matang dalam berfikir dan bertindak. hey wake up!!
“Ya ALLAH, bERikanlah yang terBAIK dariMu BUKAN dari kami”

p/s: Kawan yang dah nak grad dan yg sudah grad dialukan memberi  komentar     =)